30 Mei 2009

Waktu melepaskan lelah.....


Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu,hari ni start cuti sekolah sampai 14/6/09,namun aku terpaksa memendekkan cuti kerana bertugas pada hari khamis dan jumaat minggu kedua cuti persekolahan.
Masih berada di Negeri Sembilan kerana pagi tadi menghadiri"Seminar Integriti Untuk Warga Pendidik" untuk guru daerah Jempol dan jelebu.Tensionnya terpaksa tunda esok untuk pulang ke Terengganu...

27 Mei 2009

Aksi pelajar kelas hujung jawab exam......

Hari ni,kelasku ada 6 masa,semuanya pelajar jawab exam.Masuk je Kelas 4A,bukan main lagi pelajar khusyuk jawab exam Fizik

Bila aku masuk kelas 5F pula,pelajar sedang menjawab PSV.walaupun mereka baru 10 minit jawab tapi kebanyakannya dah siap.Apalagi macam-macam aksi ada....

Ada yang buat gaya bebas,gaya kupu-kupu,kuak dada dan ada juga buat kuak lentang....he..he..Aku ambik gambar diorang pun tak sedar!!!


Ni aksi gaya bebas kot!


Macam 5 hari tak tidur!!!

26 Mei 2009

Demam peperiksaan....


Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum bercuti. Pelajar kat sekolahku sekarang ni sibuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun.Suasana sekolah nampaknya tenang dan terkawal kerana pelajar semuanya khusyuk jawab exam.Semasa mengawas exam,senang je nak bagi mereka diam..kataku, kalau diorang bercakap mereka akan bisu dan kalau melihat jawapan kawan pulak mereka akan buta..so,takde le yang berani nak meniru.he..he....
Nampaknya sambil bercuti terpaksa bawa balik kertas jawapan pelajar ke Terengganu..
Minggu ni juga agak sibuk kerana Pengetua dan semua Penolong kanan tiada di sekolah,mereka ada kursus..jadi aku dan 3 orang lagi GKMP bergilir-gilir bertugas memastikan sekolah berjalan seperti biasa....
Hari jumaat,sabtu dan ahad ni pula diadakan Kem Matapelajaran SPM dan PMR.Selepas tu baru boleh balik ke Terengganu.Dah tak sabar ni nak menghirup udara Terengganu,rasanya hampir dua bulan lebih tak balik kampung!

25 Mei 2009

Dah nasib.......

Hari ni akhirnya dapat juga melayari internet setelah hampir 5 hari laptop dan talian streamyxku rosak.
ini le laptop yang kini hanya tinggal kenangan...tak sampai 2 tahun guna dah terpaksa masuk arkib gara-gara petir..uwaaaaaaa..

Nampaknya budget bulan ni dah lari....terpaksa beli laptop lain..Ini le laptop baruku..

21 Mei 2009

Musibah.........


Petang Selasa baru-baru ni kawasan tempat tinggalku dilanda ribut petir yang amat kuat!jam 6pm lebih,ketika aku sedang membaca,tiba-tiba kilat yang kuat kedengaran di dalam rumahku beserta bunyi dentuman....lampu tak padam,dan aku tak syak apa-apa kerana semua plug telah kututup.
malamnya bila aku nak melayari internet,puas kucuba tapi tak boleh sambung dengan streamyx!rupa--rupanya modemnya telah terbakar kerana aku terlupa untuk menanggalkan sambungan telefon ke modem dan laptop...Akibatnya....uwaaaaaaa.......semuanya rosak,talian telefon rumah terputus,modem untuk streamyx terbakar dan rosak dan yang paling sedih.....laptopku pun turut rosak!!!!!!Banyak bahan-bahan penting yang terkini belum kusimpan....laptopku ni baru setahun lebih kubeli dan ini adalah laptop ketiga ku...belum puas guna dah rosak...duit...duit dan duit lagi akan mengalir keluar untuk beli yang baru!nampaknya terpaksa le meminjam laptop dan broadband rakanku untuk memasukkan entry ini...

19 Mei 2009

Gambar hari Guru 2009

Semalam tak sempat nak upload gambar,so hari nak letak gambar kenangan hari guru yang disambut semalam kat sekolah....

Ni gambar semasa perarakan guru




Pelajar pun teruja nak sambut hari guru...



macam-macam jenis kek ada....



Masing-masing tak mahu lepas peluang bergambar....


Ni pulak bergaya dengan hadiah yang anak murid bagi.....

18 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU SMKSJ 2009

Hari ni merupakan sambutan hari guru sekolahku.Pagi-pagi lagi acara dimulakan dengan perarakan para guru yang diiringi dengan paluan kompang oleh para pelajar!

Setelah pelbagai ucapan,acara diteruskan dengan acara sukaneka..paling kelakar,Pn.Faridah GPK 1 bermain galah panjang dan berlari macam budak-budak je..he..he..
Lepas sukaneka ada persembahan pelajar dan guru..Tuan Pengetua bukan main lagi nyanyi 2 buah lagu.
kemudian acara bersalaman dengan semua pelajar!terima kasih kepada pelajar yang sudi menghulurkan hadiah dan mengucapkan "Selamat Hari Guru" terutamanya pelajar 5B....Ustazah sayang anda semua!!!!
Acara diakhiri dengan pertukaran hadiah antara "teman rahsia"...Teman rahsiaku terkejut sakan bila aku hulurkan hadiah padanya!langsung dia tak boleh teka aku yang selama ni menulis surat untuknya setiap hari..he..he...
ni hadiah untuk teman rahsiaku..dia peminat fanatik novel,so aku hadiahkan novel ni..



lepas tu,apalagi...makan..makan dan makan le...

15 Mei 2009

HAPPY TEACHER'S DAY.....


UNTUK SEMUA INSAN BERGELAR GURU........"SELAMAT HARI GURU"
JALANKANLAH TUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI AGAR KITA TIDAK DISOAL TENTANG TUGAS KITA DI AKHIRAT NANTI.......

14 Mei 2009

Pra hari Guru.....


sempena hari guru nanti,semua guru kat sekolahku diberi seorang "teman rahsia".kami kena menulis surat setiap hari kepada teman rahsia tersebut.Pada sambutan hari guru nanti kami kena memberi hadiah kepada teman rahsia tersebut dan pada hari itulah baru mereka akan tahu siapa yang mengutus surat untuk mereka setiap hari...

Teman rahsiaku langsung tak boleh teka siapa yang menulis surat untuknya..Tulisan tanganku memang ramai guru yang cam,oleh itu aku menaip surat tersebut!langsung dia tak boleh teka...teruja dia baca surat yang ditulis olehku,ha..ha....padahal yang tulis surat tu ada depan mata dia!

Setakat ni 3 pucuk surat dah kuutus dan rahsiaku masih belum bocor!!!!Tak sabar aku nak tengok reaksinya bila dia tahu akulah teman rahsianya selama ni..he..he...

10 Mei 2009

Berkurung.......

Cuti hujung minggu ni dihabiskan dengan mengadap laptop je...Siapkan soalan untuk pelajar tingkatan 5 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun.Akhirnya siap jugak kertas satu PI setelah berhempas pulas selama dua hari memerah otak...



rasanya malam ni nak makan besar bagi meraikan siap kerja!Nak makan apa ye?

8 Mei 2009

PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 09

Akhirnya selesai sudah perkhemahan Puteri Islam peringkat Negeri Sembilan 2009.4 hari tinggalkan sekolah..entah apa jadi dengan anak-anak muridku itu,beraya sakan kot mereka!
Majlis penutup tengah hari tadi dirasmikan oleh isteri MB negeri Sembilan.
Ini adalah gambar sepanjang perkhemahan tersebut yang telah berlangsung di Kem Rimba Ilmu,Juasseh dari 5-8 mei 2009....

Untuk semua yang bertugas dapat cenderamata ni...

4 Mei 2009

Hilangkan tension......

Kerja yang semakin berlambak-lambak menyebabkan kesihatanku akhir-akhirnya kurang baik,Kepala asyik pening je!Untuk hilangkan tension apalagi aku belek le buku-buku yang ku beli semasa BOOK FAIR baru-baru ni..
Ini adalah antara buku yang dah dibaca.....

"Buku teluki itu untuk aku" ni boleh tahan le sedapnya!Tak rugi beli..cerita pun menarik.

ni pulak cerita "Tiada Yang Kedua" karya Sania Yasmin.Ceritanya biasa-biasa je..


Ini pulak karya Anis Ayuni,macam biasa le tak rugi kalau beli karya beliau!Menarik!!!


Buku "Ceritera Rindu" ni pula biasa je...


Paling best buku karya Lily Haslina Nasir ni "Aku Ada Kamu"..mesti beli..sedap sangat!Bila dah pegang buku ni tak boleh nak berhenti.Rugi kalau tak baca.Gaya bahasanya macam buku karya Noorsuraya!bersahaja tetapi kelakar...

3 Mei 2009

PROKEPT 2009

Alhamdulillah,syukur pada Ilahi akhirnya program Kerohanian Pelajar Terbilang(Prokept) tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Sekalung ucapan terima kasih pada guru-guru yang telah bertungkus lumus untuk memastikan program ini berjaya.

Buat Cikgu Shidie,ustaz Zamani,cikgu Bukharie,cikgu mahathir,Hirin,kak tie,Yanie dan guru-guru lain yang telah memberi sumbangan,jutaan terima kasih diucapkan dan hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.Untuk guru-guru yang bertugas di Pusat Kecemerlangan Murid,Rembau...terima kasih kerana sanggup bertugas pada hari cuti umum1 Mei..lain kali boleh le minta tolong lagi...he..he..

Paling banyak memberi sumbangan dalam program ini tentu sahaja para fasilitator dari ITQAN,Gemencheh dan Maahad Ahmadi,Gemencheh..Terima kasih adik-adik fasilitator semua. Buat ustaz Amiza Khusyri dari ITQAN..terima kasih atas sumbangan anda dan semoga kerjasama pihak sekolah dengan ITQAN dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Rupanya anda seorang yang sangat hebat....