10 Feb 2010

Selesai akhirnya.......

Alhamdulillah,Leganya...akhirnya sukan sekolah menghampiri kemuncaknya pada hari ini.Setelah berpanas pada waktu petang di sekolah hampir dua minggu untuk acara sukantara, saringan dan acara padang,sampai jua hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari akhir untuk Sukan Tahunan SMKSJ kali ke sebelas!
tepuktanganTahniah buat semua guru yang telah bekerja keras untuk memastikan acara pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Para pelajar terlebih dahulu berkumpul di dataran perhimpunan mengikut rumah masing-masing.Semuanya berwajah ceria!

Selepas itu,mereka semua bergerak ke khemah rumah masing-masing....

Acara pagi tadi dimulakan dengan pertandingan perbarisan antara rumah sukan dan juaranya ialah rumah Wira!tahniahpeluk

Antara aksi-aksi pelajar di padang...

Dah namanya guru,kalau tak berposing tak sah!!!
sengihnampakgigi

Paling menarik tentu sekali acara untuk guru...6x50meter..Bersemangat bukan main guru yang mengambil bahagian tu!menari

Acara seterusnya untuk guru ialah pertandingan mengayam ketupat!Pemenangnya GKP akademik,tahniah!!!!tepuktangan

Paling menggamatkan suasana ialah pertandingan tarik tali antara guru lelaki dengan penjaga...Guru akhirnya menyerah kalah...gigitjari

Nadi untuk sukan kali ni tentu sahaja guru-guru yang bertugas sebagai urus setia!Tahniah buat bossnya Cikgu Mimi dan anak-anak buahnya...senyumkenyit

Apa pun tahniah buat ketua rumah WIRA iaitu cikgu Johan kerana berjaya mengekalkan kedudukan naib johan!cayalah...persaingan tahun ni sungguh sengit!tahun depan kita mesti jadi juara!

Jumpa lagi tahun depan.....babai

9 Feb 2010

Keluar lagi.......

Pagi-pagi dah kalut tadi,sibuk buat jadual relief dan bergegas pula ke SMKBBS.Terpaksa mengiringi pelajar untuk menghadiri program menangani masalah disiplin murid anjuran PPDJJ dan MAPAN.Ohhhhh tension ni....apa pun sempat gak ambil gambar diorang tadi!

Terubat juga rasa tension tu bila dihidangkan dengan juadah yang sedap,siap dilayan lagi bak makan kat hotel lak!Pandai jugak pelajar-pelajar yang ambil catering ni layan cikgu...first class!


4 Feb 2010

Berpanas lagi......

Minggu ni para guru di sekolahku kembali sibuk menguruskan sukan tahunan sekolah.Semalam telah berlangsung acara saringan...berkampung lagi di sekolah nampaknya sehingga jam 5.30pm ...

ngantukBerpanas di tengah padang adalah fenomena biasa bagi kami di awal tahun ni...
namun sempat juga bergambar...sengihnampakgigi

Aksi pelajar ketika saringan semalam.....bersemangatnya mereka....

haaaaaa....ni pula bergaya di tengah-tengah terik mentari!!

ohhhhhh bersabar saja le......dah tugaskan!!!!tension