Masih lagi tenggelam dalam lautan novel yang dibeli semasa book fair lalu....baru khatam 5 buah,ni sedang asyik mengulit DAMAI... Berhenti sekejap..sambung menanda kertas ujian pelajar...
Seperti tahun lepas,Pesta Buku 2010 di PWTC adalah salah satu acara wajib.Tak berkesempatan nak ambil cuti,jadi terpaksalah meredah lautan manusia pada sabtu lepas(27/3)
ramai sungguh manusia.....berhimpit-himpit terutama di gerai Alaf 21.so,kita layan je le gambar sepanjang berada di KLIBF tu.....
Dah namanya datang ke BF,taksah kalau tak bergambar dengan penulis.... Bersama Norhayati Berahim....
lepas tu singgah pula ke booth karnadya...jumpa penulis Eina Emir dan mimie afinie...
Di booth DBP sempat juga berjumpa dengan Aminah mokhtar...akhirnya jumpa...selama ni baca je buku beliau..
Kat jemari Seni jumpa penulis Noorsuraya dan Syud...Best dengan layanan KakSu...jumpa lagi tahun depan ye....
Di booth alaf21 jumpa dengan penulis Hasreeyati ramli...dah lama nak jumpa...
Lepas tu naik pula ke Aras 5,tengok pameran lukisan dan juga berjumpa dengan kartunis Zunar.......
Sempat juga shopping kat The Mall dan bergambar dengan kereta F1 ni...
Inilah hasilnya....setelah bersusah payah dan berhimpit-himpit.....
Seminggu dah berlalu...Rupanya tahun ini adalah tahun ke 13 bergelar guru.Rasanya baru seperti semalam datang ke Negeri Sembilan....Ohhhhhh Buku Jaja & Din karya terbaru Noorsuraya ni dah lama sampai,namun baru sahaja khatam ....Cerita yang mengajar kita untuk tidak terlalu tenggelam dengan kemewahan dunia.Ohhh bagusnya kalau boleh menjadi zuhud seperti Jaja&Din .... hayati le kisahnya..banyak pengajaran yang boleh dikutip melalui gaya bahaya yang cukup santai....Tak rugi beli....siap ada signature Noorsuraya lagi...
Hari ni 1 Muharam,tahun baru hijriyah datang lagi.Semoga di tahun baru ni kehidupanku lebih diredhai dan diberkati Allah S.W.T.Terlanjur keluar tadi,sempat membeli novel baru buat peneman dikala cuti begini.....
Kuserahkan kasih...
Buku ni amat sesuai untuk bacaan semua wanita dan lelaki yang berpoligami atau mereka yang cuba-cuba nak menghirup manisnya madu....he..he....Penulisnya berjaya menjiwai watak wanita yang berpogami dengan berkesan!Pembaca akan turut terasa keperitan dan kepedihan mereka... Ramai lelaki yang tidak dapat menjalankan keadilan dalam berpoligami sedangkan ia adalah salah satu prasyarat utama untuk berpoligami dalam Islam.Tegakah mereka menikmati manisnya madu di kehidupan dunia sedangkan di kehidupan akhirat nanti bakal menelan sejuta azab neraka?Buat semua lelaki,adillah anda jika berpoligami,jika tidak hadapilah pengadilan yang Maha Adil......ohhhh baca buku ni penuh emosi....
Doa Insan Berkasih.....Karya Aminah Mokhtar
Buku kedua ni pula penuh dengan bahasa yang sangat menyentuh perasaan.Jiwa terasa dekat dengan Khaliq.Aminah Mokhtar bahasanya penuh berbunga...
Antara petikan novel ni yang menyentuh rasa..
"Tuhan,rasa yang Engkau pinjamkan ini aku terima dengan tangan amanah.Izinkanlah aku simpan jadi anugerah pada kehidupan yang indah ini.Kalau benar dia yang Engkau hakkan kepadaku,benarkanlah hati aku hakkan rasa ini untuk terus menyimpan wajahnya dalam teduhan hati"
Akhir-akhir musim persekolahan ni,makin banyak mesyuarat yang perlu dihadiri.Bila tension tentu sahaja akan cari novel nak kurangkan tekanan..Ada novel lagi yang baru dibeli.Penulisnya Lily Haslina Nasir!Siap lily sendiri yang pos...."Mencari Cinta Tuhan" penuh dengan pengajaran.Gaya bahasanya segar dan tak jemu dibaca.
Ini pulak novel "Aku,Dia & Coklat".Gelak sakan semasa membaca novel ni.Jadi kepada sesiapa yang murung atau sedih,bolehlah cuba membaca novel ni...pasti anda akan tersengih je sehingga ke penghujungnya!
Nampaknya bulan ni dah terlebih budget beli novel.....
Fikiran yang berserabut terus tenang gara-gara terima kiriman dari Jemari Seni tengah hari tadi...Novel yang dipesan minggu lepas dah sampai!Bestnya,terima kasih kakSu kerana berjaya memenuhi permintaan saya untuk mendapatkan autograph penulisnya...
Sebenarnya dah lama rindu nak baca tulisan Ruby Hazri ni.........
Dan ini yang specialnya!......
Tak sabar nak baca ni,namun banyak kerja penting lain yang perlu disiapkan dahulu!
Walaupun banyak kerja yang belum selesai,tapi novel terbaru tetap beli.....ni antaranya....
Bintang-bintang ke syurga karya Xarine,terbitan Jemari Seni...Best je nampak! tak sempat baca lagi ni...tunggu hari minggu nanti le......
ni pula novel Pelangi,rangkuman 3 penulis iaitu Syud,Hlovate dan Noorsuraya...Best sangat,rugi tak beli...salah satu novel yang patut dimiliki oleh semua pencinta novel..
Sharifah Abu Salem pula salah seorang novelis yang semua hasil karyanya kumiliki...ni adalah karya terbaru beliau"Aku Cinta Dia"terbitan Alaf21
Ditengah-tengah kesibukan tugas, aku sempat menghabiskan novel terbaru terbitan Jemari Seni Kemilau Mutiara Raudhah karya Saidatul Safaa....Bagiku Novel ini sangat menarik,bermakna,bermutu ,bermanfaat serta memberi ilmu kepada para pembacanya... Berbaloi rasanya duit yang kubelanjakan untuk membeli novel ni...... Untuk semua peminat novel,bacalah dan anda akan rasa kepuasannya!!!!
Novel ni sebenarnya dah lama beli tetapi belum berkesempatan untuk membacanya sehinggalah cuti sekolah baru-baru ni....Buka sahaja muka surat pertama,dah tak sabar nak tahu kisah seterusnya!
Buku ni keseluruhannya amat menarik,penulisnya berjaya menjiwai watak utama wanitanya dengan penuh berkesan....Tahniah Zaid Akhtar kerana berjaya menggarap cerita islamik yang penuh dengan teladan dengan cara tersendiri.Bagiku novel ni lebih menarik dari novel ayat-ayat cinta!Bacalah!kepada sesiapa yang belum membacanya....
Hari ni hanya habiskan masa dirumah saja.Nak rehat puas-puas!!!...Lepas solat asar,bergegas ke kedai buku untuk cari novel terbaru..Bila surf internet,rambang mata je tengok novel baru.Hajat hati nak beli sebuah aje tapi akhirnya 4 buah yang kubawa pulang.... ini le bukunya.... Jawapan yang pasti terbitan alaf 21... Ni pula novel Dame Zoete Sarah karya Khairyn Othman...dah lama tunggu karya terbaru beliau! Ini pula dari penulis yang sering tampil dengan karya yang bermutu. Aku minat kat Samsiah Mohd Nor sejak baca buku Tangisan Bulan Madu,Ini le hasil karya terbarunya..
Akhir sekali novel Cuma Dia karya Norzailina Nordin... Nak baca yang mana dulu ni?????
Tadi lepas maghrib,baca Al-ma'thurat....yang specialnya ia adalah cenderamata khas dari hlovate bagi sesiapa yang beli bukunya di Book Fair yang lalu.. beli buku ni... Dapat ni.....