31 Dis 2009

Mabuk Meeting......


Minggu ni bermula hari isnin lagi,meeting,meeting dan meeting.....berturut-turut....pening,letih,penat semua ada.
ecaeca
Banyak perkara perlu diselesaikan dan perlu diberi perhatian agar sesi persekolahan 2010 nanti akan berjalan dengan lancar,InsyaAllah.......

Hari untuk bersenang lenang dah selesai....bermula tugas hari sabtu ni dengan pendaftaran tingkatan satu.
lollol
Selamat bertugas semula untuk semua insan bergelar guru........Ingatlah setiap tugas adalah amanah dan setiap amanah bakal dipersoalkan di akhirat nanti.......


24 Dis 2009

Berakhirnya debaran....result PMR 09

Pagi tadi bergegas ke sekolah.Tak sabar nak lihat result PMR.Syukur kepada Allah s.w.t. akhirnya matapelajaran di bawah bidangku iaitu Pen.Islam,Geografi dan Sejarah telah menunjukkan peningkatan yang baik.Terima kasih tidak terhingga buat semua guru yang telah bertungkus lumus memastikan anak didik kita mendapat kejayaan yang cemerlang.
Sempat juga ambik beberapa keping gambar untuk dimasukkan ke dalam majalah sekolah nanti.Ni adalah antaranya....
looklook
S.U.P dan dibantu beberapa orang guru mengasingkan result mengikut kelas....

Antara gelagat pelajar.....

Tengok....tatap le puas-puas result tu....

Ada yang sedih,ada yang gembira.......

Antara pelajar cemerlang PMR 09

Pelajar terbaik sekolah bersama ibunya...tahniah!!!


22 Dis 2009

Bulan untuk beramal.....

Hari ni dah 5 muharam,bermakna dah 5 hari di tahun baru hijriah 1431...Sama-samalah kita beramal...agar hidup sentiasa diredhai dan diberkati Ilahi...perbanyakkanlah amalan-amalan sunat,Antaranya bersedekah.Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Banyakkanlah bersedekah...


18 Dis 2009

NOVEL BARU DI TAHUN BARU.....

Hari ni 1 Muharam,tahun baru hijriyah datang lagi.Semoga di tahun baru ni kehidupanku lebih diredhai dan diberkati Allah S.W.T.Terlanjur keluar tadi,sempat membeli novel baru buat peneman dikala cuti begini.....

Kuserahkan kasih...

Buku ni amat sesuai untuk bacaan semua wanita dan lelaki yang berpoligami atau mereka yang cuba-cuba nak menghirup manisnya madu....he..he....Penulisnya berjaya menjiwai watak wanita yang berpogami dengan berkesan!Pembaca akan turut terasa keperitan dan kepedihan mereka...
Ramai lelaki yang tidak dapat menjalankan keadilan dalam berpoligami sedangkan ia adalah salah satu prasyarat utama untuk berpoligami dalam Islam.Tegakah mereka menikmati manisnya madu di kehidupan dunia sedangkan di kehidupan akhirat nanti bakal menelan sejuta azab neraka?Buat semua lelaki,adillah anda jika berpoligami,jika tidak hadapilah pengadilan yang Maha Adil......ohhhh baca buku ni penuh emosi....

Doa Insan Berkasih.....Karya Aminah Mokhtar

Buku kedua ni pula penuh dengan bahasa yang sangat menyentuh perasaan.Jiwa terasa dekat dengan Khaliq.Aminah Mokhtar bahasanya penuh berbunga...

Antara petikan novel ni yang menyentuh rasa..

"Tuhan,rasa yang Engkau pinjamkan ini aku terima dengan tangan amanah.Izinkanlah aku simpan jadi anugerah pada kehidupan yang indah ini.Kalau benar dia yang Engkau hakkan kepadaku,benarkanlah hati aku hakkan rasa ini untuk terus menyimpan wajahnya dalam teduhan hati"

17 Dis 2009

SELAMAT TINGGAL 1430 HIJRAH.....

Hari ni adalah hari terakhir 1430 Hijrah,esok 1 Muharam 1431 Hijrah.Untuk semua pengunjung blog IMMANUHA,"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431H"..Semoga hidup kita semua diredhai dan diberkati Allah S.W.T.

Jangan lupa marilah kita bersama-sama membaca doa akhir tahun ni di waktu penghujung asar nanti...


Dan selepas masuk waktu maghrib pula,bacalah doa awal tahun ni....


Semoga doa kita dimakbulkan .......Amin......

Nampaknya, hari terakhir 1430 hijrah ni terpaksa poie sekolah,ada meeting....... cuti tergendala....ohhhhhh


3 Dis 2009

Meredah banjir......

Ahhhhhh......hujan masih lagi tak berhenti,dah empat hari berturut-turut.Semalam walaupun hujan tapi tetap jua poie shopping kat KB Mall,Kota Bharu .Apalagi,akhirnya terperangkap dalam banjir di tengah-tengah bandar kota Bharu!!!!
Ni adalah antara gambar yang sempat diambil..


Seronoknya bebudak ni main air banjir...

Apa pun terima kasih kepada abang polis yang sanggup berhujan demi memastikan kelancaran lalulintas...kalau tak ada diorang,ntah le apa akan jadi....

22 Nov 2009

Cuti oh cuti........

Cuti akhir tahun telah pun bermula,namun aku masih lagi berada di N9 menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum bercuti panjang.Hari isnin dan selasa nanti masih lagi perlu berada di sekolah.Terengganu khabarnya dilanda banjir kali ke2.Mudahan-mudahan perjalanan pulangku nanti tiada sebarang kesulitan.Ahhhhh tak sabar rasanya nak balik....


Dah lama tak sampai sini.kat sini mesti rambang mata.....Jom poie Pasar Payang!!

Buat semua,datanglah berkunjung ke Terengganu,tak dapat pergi ke pulau-pulau,kita jelajah je apa yang ada di daratan.....

Selamat datang.....


18 Nov 2009

"SELAMAT BERJUANG"......


BUAT SEMUA CALON SPM 2009
KHUSUSNYA PELAJAR SMKSJ

SELAMAT MENDUDUKI SPM

PERJUANGAN ANDA TELAH BERMULA

TEMPUHINYA DENGAN PENUH KEYAKINAN
SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA SEMUA.......

16 Nov 2009

Akhirnya kau pergi jua..."Ain"......

Janji tuhan telah tiba hari ni tepat jam 9.25am untukmu Ain....Menerima perkhabaran kepulanganmu ke rahmatullah ketika sedang sedang berada di tingkatan 4 Arif.Rasanya seperti mimipi,akhirnya engkau benar-benar pergi.....

Ain...,
dirimu adalah kesayangan semua guru
dirimu adalah kesayangan rakan-rakan sekelasmu
dan dirimu adalah kesayangan seluruh warga SMKSJ
semuanya hanya tinggal kenangan
hanya doa yang mengiringi pemergianmu
berbahagialah dikau dialam sana...
moga syurga tempat kembali mu nanti.....amin....


15 Nov 2009

Hari-hari terakhir persekolahan 2009....

Tak sabar nak cuti sekolah....tapi ada lagi kerja yang belum selesai....

Bila nak siap ni????Tensionnya!!!!!!


Rest kejap...makan dulu pizza ni!!!


10 Nov 2009

Mabuk kek........

Dah habis exam akhir tahun ni,macam-macam program yang berlangsung.Antaranya ialah pertandingan mengaising kek yang disertai oleh para pelajar dan guru.Macam-macam aksi dapat disaksikan!Kalah menang adat pertandingan,Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian.
Sebelum pertandingan,Cikgu Zarina terlebih dahulu membuat demo dan ini adalah hasil demo beliau....
Cantikkan!!!!


Antara pelajar yang mengambil bahagian.....


Ini pulak aksi para guru....Boleh tahan jugak mereka ni,bersara nanti boleh le buka kedai kek!!!

Ada lagi.....

Sebelum dan selepas.....


Ini antara hasilnya setelah berhempas pulas......


Tengok apa lagi. ...jom makan!!!!

Tahniah pada Cikgu Muhazir dan Cikgu Shidie yang telah menang kategori guru...

8 Nov 2009

Makanan Hati........



Sukarnya nak menjaga sekeping hati.
makanannya perlu cukup kalau tak hati boleh sakit,tidak tenang dan menderita.....

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Kita hayati pula hadis ini daripada abu Hurairah r.a katanya,

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa membaca kalimah tahlil-(Laa ilaaha illahu wahdahu laa syariikalah,lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai-in qadiir)-seratus kali dalam sehari,maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang hamba dan dicatat untuknya seratus kebajikan serta dihapuskan daripadanya seratus kesalahan(dosa)dan pada hari itu dia terpelihara daripada godaan syaitan sampai petang.Dan tidak ada seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali.
dan sesiapa yang membaca -(Subhanallahi wa bihamdih)-seratus kali dalam sehari,dihapuskan segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan"-Sahih Muslim

sama-sama kita memperbanyakkan Zikrullah agar hati kita sentiasa sihat sejahtera....

2 Nov 2009

Novel......

Akhir-akhir musim persekolahan ni,makin banyak mesyuarat yang perlu dihadiri.Bila tension tentu sahaja akan cari novel nak kurangkan tekanan..Ada novel lagi yang baru dibeli.Penulisnya Lily Haslina Nasir!Siap lily sendiri yang pos.... "Mencari Cinta Tuhan" penuh dengan pengajaran.Gaya bahasanya segar dan tak jemu dibaca.


Ini pulak novel "Aku,Dia & Coklat".Gelak sakan semasa membaca novel ni.Jadi kepada sesiapa yang murung atau sedih,bolehlah cuba membaca novel ni...pasti anda akan tersengih je sehingga ke penghujungnya!

Nampaknya bulan ni dah terlebih budget beli novel.....