11 Nov 2010

Melaka..oh..Melaka...

Minggu lepas menghabiskan cuti hujung minggu di Melaka.Dah berbulan tak sampai di sana,Biasanya kalau pergi terus balik hari je..tapi kali ni saja nak membazir duit..heeee..tempah hotel melalui online..
Sampai di sana melilau melihat peta jalan ke hotel melalui map yang diprint dari internet..haaaa..tengok kereta sebelah,pun sama..tapi kereta-kereta plat singapura tu tgk melalui GPS NAVIGATOR..
Bayangkanlah dari tol Ayer Keroh ke Bandar Hilir mengambil masa 3 jam lebih..memang jam teruk.Tak pernah lagi alami keadaan seperti ini...

Melilau-lilau mencari jalan Melaka Raya 23, setelah dua tiga kali mengelilingi bandar hilir tu,akhirnya menahan teksi di Mahkota Parade untuk menunjuk arah ke hotel..heeem..melayang RM15 walaupun jarak dari mahkota parade ke hotel hanya 2.3km..huhuhuhu..
Petangnya merayau menaiki river cruise menyelusuri Sungai melaka..

Ingatkan airnya bersih,rupanya indah khabar dari rupa..Harap kerajaan melaka dapat buat sesuatu..dan rasanya inilah salah satu punca sungai tersebut kotor...saksikanlah sendiri..
-
-
-





Satu yang amat payah dicari di tengah-tengah bandar melaka ni ialah restoren kepunyaan orang melayu...yang ada restoren mamak je..mana poie orang melayu kat Melaka ni,adakah mereka hanya mampu membuka gerai-gerai biasa sahaja atau hanya di food court?Akhirnya jumpa juga..

Pelekat kat peti yang ku rasa paling cantik setakat ni...menarik sungguh!hanya ada di Melaka..haaa


dan inilah hasilnya di pintu petiku..mana nak letak laie ni???heeee

Di bandar melaka ni,parking kena bayar setiap hari,dah le tu sampai pulul 6!Agaknya apa yang diperkatakan oleh uncle ni?heeeee..


Selamat tinggal melaka..jumpa lagi tahun depan...

30 Okt 2010

Solok lada....

Ohhhhhh rindunya nak menulis di sini,namun hambatan tugas yang terhidang di depan mata membatasi segalanya.
Pagi tadi terlintas di fikiran,alangkah enaknya kalau di hari-hari cuti sebegini dapat menjamu selera dengan makanan kegemaran.lantas segala bahan terus dibeli dan inilah hasilnya...
-
-
-
-



14 Okt 2010

"USAHA DAN TAWAKKAL......"


Hari ni pelajar tingkatan 5 membawa ibubapa masing-masing bertemu guru matapelajaran untuk program 3 penjuru(guru,pelajar dan ibu bapa).Banyak perkara yang dibincangkan terutama tentang persiapan anak2 mereka di saat akhir sebelum menjelangnya SPM.

Lenguh bercakap tanpa henti dari jam 10 am hingga hampir jam 1 petang...baru semuanya selesai..
masih ramai anak didikku itu yang belum sedar dan insaf dan sungguh mengejutkan apabila salah seorang bapa pelajarku itu menerangkan bahawa anaknya leka ber SMS hingga menjejaskan tumpuannya terhadap pelajaran.Patutlah resultnya makin lama makin menurun.
Buat semua anak didikku terutama tingkatan 5 Arif,hargailah pengobanan ibu bapamu...hadiahkan mereka dengan kecemerlangan.Rasanya telah habis segala idea untuk menasihati kalian semua...Tinggalkanlah segala yang melalaikan sebelum semuanya terlambat!

"USAHA,USAHA,USAHA.....TAWAKKAL"...INSYAAALLAH KEJAYAAN BAKAL DALAM GENGGAMAN KALIAN SEMUA....AMIN.....

9 Okt 2010

Sabar.......

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Macam perkara berlaku sepanjang minggu lepas,semuanya menguji kesabaranku.Ya Allah,permudahkan segalanya...agar ketenangan kembali bertakhta di hati...Amin...




3 Sep 2010

Majlis Khatam al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan SMKSJ 1431H....

Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti panjang....Alhamdulillah selesai juga tugas terakhirku iaitu memastikan perjalanan majlis Khatam al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan berjalan dengan lancar.Terima kasih tidak terhingga buat para guru yang telah bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Semoga majlis kita tadi mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi....Sungguh tidak sangka rupanya terdapat anak muridku yang dapat mengalunkan bacaan suci ayat-ayat al-Quran dengan begitu baik sekali..Tahniah buat mereka semua dan tataplah gambar yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.....








9 Ogo 2010


Ramadhan,bersyukur aku masih diberi kesempatan untuk mengabdikan diri kepadaMu ya Allah di bulan yang mulia ini.Tidak sabar rasanya ingin kembali menjejakkan kaki ke rumahMu ya Allah.....Semoga aku diberi kesihatan tubuh badan yang sebaiknya sepanjang bulan yang mulia ini...Amin......

15 Jul 2010

Syaaban.......

Cepatnya masa berlalu,hari ini kita telah berada dalam hari ke tiga bulan syaaban...Bulan yang penuh kemuliaan..

Para ulama' menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat
    Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.


    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
    Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat
    Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
*Sumber jabatan Mufti Melaka

Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Syaaban dengan amal ibadat yabng berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan sebelumnya......




14 Jul 2010

PESTA FLORA PUTRAJAYA 2010

lamanya tak menulis kat blog,semuanya gara-gara mabuk dengan FB..haaaaaaaa.
Baru-baru ni berpeluang menghabiskan cuti hujung minggu di Pesta Flora di Putrajaya.Datang ke Putrajaya ni hanya sekali je dalam setahun,semuanya semata-mata ingin menikmati kecantikan dan keindahan pelbagai spesis bunga...Anda nilaikanlah sendiri apabila menatap gambar-gambar di bawah........................
Tenggelam dalam deretan bunga.....
Terpegunnya.......
Wanginya.......
Deretan orkid yang memukau pandangan.....
Orkid putih yang paling menarik perhatian.....

Pelbagai jenis bunga sepit udang......






Gubahan buahan yang sangat kreatif......



Tak sabar tunggu pesta flora tahun depan,pasti lebih menarik!....

3 Jul 2010

Dalam suka ada duka......

Baru-baru ni berkesempatan menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah di Padang dan Bukit Tinggi,Indonesia...Pertama kali jejakkan kaki ke sana....sungguh menginsafkan diri!
Ni..tak sabar nak sampai...

Rombongan yang pergi...

Paling tertarik dengan nama -nama kedai kat sana..sungguh kreatif!!Ada Lamun Ombak,Lindungan Bulan dll.


Kat sana,makan nasi,lauknya beraneka jenis..macam-macam ada...


Ni pulak minuman yang paling sedap"Es Teler"....mahal..harganya 18000 rupiah!tapi sedap...Macam-macam buah dimasukkan tapi yang paling asas mesti ada nangka..

Gambar-gambar kenangan di sana....

Banyak pengajaran yang dapat dikutip sepanjang berada di sana,InsyaAllah ada rezeki dan kesempatan masa ingin pergi lagi...tak puas rasanya!

Seminggu selepas balik dari sana,rumahku dimasuki pencuri..huhuhu..habis le laptop kesayanganku...Akhirnya,terpaksa juga beli yang baru...dan inilah pilihanku...Acer Ferrari