Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

15 Jul 2010

Syaaban.......

Cepatnya masa berlalu,hari ini kita telah berada dalam hari ke tiga bulan syaaban...Bulan yang penuh kemuliaan..

Para ulama' menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat
    Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.


    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
    Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat
    Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
*Sumber jabatan Mufti Melaka

Marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan Syaaban dengan amal ibadat yabng berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan sebelumnya......




22 Dis 2009

Bulan untuk beramal.....

Hari ni dah 5 muharam,bermakna dah 5 hari di tahun baru hijriah 1431...Sama-samalah kita beramal...agar hidup sentiasa diredhai dan diberkati Ilahi...perbanyakkanlah amalan-amalan sunat,Antaranya bersedekah.Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

Banyakkanlah bersedekah...


17 Dis 2009

SELAMAT TINGGAL 1430 HIJRAH.....

Hari ni adalah hari terakhir 1430 Hijrah,esok 1 Muharam 1431 Hijrah.Untuk semua pengunjung blog IMMANUHA,"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431H"..Semoga hidup kita semua diredhai dan diberkati Allah S.W.T.

Jangan lupa marilah kita bersama-sama membaca doa akhir tahun ni di waktu penghujung asar nanti...


Dan selepas masuk waktu maghrib pula,bacalah doa awal tahun ni....


Semoga doa kita dimakbulkan .......Amin......

Nampaknya, hari terakhir 1430 hijrah ni terpaksa poie sekolah,ada meeting....... cuti tergendala....ohhhhhh


8 Nov 2009

Makanan Hati........



Sukarnya nak menjaga sekeping hati.
makanannya perlu cukup kalau tak hati boleh sakit,tidak tenang dan menderita.....

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Kita hayati pula hadis ini daripada abu Hurairah r.a katanya,

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa membaca kalimah tahlil-(Laa ilaaha illahu wahdahu laa syariikalah,lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai-in qadiir)-seratus kali dalam sehari,maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang hamba dan dicatat untuknya seratus kebajikan serta dihapuskan daripadanya seratus kesalahan(dosa)dan pada hari itu dia terpelihara daripada godaan syaitan sampai petang.Dan tidak ada seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali.
dan sesiapa yang membaca -(Subhanallahi wa bihamdih)-seratus kali dalam sehari,dihapuskan segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan"-Sahih Muslim

sama-sama kita memperbanyakkan Zikrullah agar hati kita sentiasa sihat sejahtera....

13 Sep 2009

Lima Jenis Racun Dan Penawarnya....



1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2.
Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3.
Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4.
Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5.
Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Ramadhan hanya beberapa hari lagi akan berlalu.....ibadatku masih terlalu kurang rasanya.......