29 Apr 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKSJ 2010

Selesai satu lagi agenda penting sekolah iaitu HAC 2010.Tahniah buat semua guru yang telah bertungkus lumus memastikan acara ini berlangsung dengan sempurna.tepuktangansengihnampakgigi
Setelah rehearsal sebanyak 3 kali, tensionakhirnya ia selesai sebagaimana dirancang!

Perasmian oleh Dato' lilah Yasin.....
Pelajar segak dalam pakaian jubah graduasi........


Guru-guru tak lepaskan peluang bergambar........pantang nampak kemera terus senyum

Antara penerima anegerah.......
babai

24 Apr 2010

"Allah penentu segalanya".........

Rasanya inilah pengalaman paling menakutkan sepanjang menjadi AJK Daerah Puteri Islam. Perkhemahan Puteri Islam Daerah Jempol untuk murid-murid sekolah rendah yang dirancang berbulan lamanya...banyak wang dan tenaga dihabiskan namun dengan kuasa Allah swt,perkhemahan yang sepatutnya 3 hari terpaksa dipendekkan kepada sehari sahaja.

Sepanjang waktu siang semalam,cuaca elok sahaja..penas terik. segalanya berubah bila hampir malam.Cadangnya selepas maghrib,para pelajar tu nak disuruh mengemaskan baju2 mereka kerana cuaca seperti hendak hujan.Rupanya semasa mereka solat maghrib,hujan mulai turun seterusnya diikuti ribut petir.Segalanya bertukar menjadi kelam kabut......

ni gambar sewaktu aktiviti waktu siang.....

ni pula gambar khemah surau sebelum runtuh...

gambar khemah surau yang runtuh selepas dilanda ribut...

gambar khemah sebelum ribut..

Ni pulak gambar pokok yang hampir tumbang menimpa khemah...


Alhamdulillah semua pelajar selamat... doa keputusan terpaksa dibuat,perkhemahan terpaksa dibatalkan.huhuhu...ada hikmahnya,boleh le rehat di rumah.

21 Apr 2010

Kursus Haji SMKSJ 2010...

Kursus haji yang telah lama dirancang ,akhirnya terlaksana jua pada hari ni.Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam SMKSJ yang telah berjaya menganjurkan kursus ini degan kerjasama LUTH cawangan Bahau.tepuktangan
Semua pelajar tingkatan 5 dari semalam lagi dah berkobar-kobar nak menjalani amali ibadat haji dan Umrah tersebut.sengihnampakgigi
Penceramah jemputan ialah Tuan haji Mislal dari Seremban....pelajar begitu seronok mendengar celoteh beliau.Tahniah!!!
Tuan Haji Mislal....


Ini adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program tersebut berlangsung...encem
Guru pun bukan main lagi bersemangat....
Pelajar bukan main teruja dalam pakaian ihram...Wahhh bergaya sakan bebudak ni..hehe...

Berpanas di tengah-tengah padang sekolah...
ramai-ramai melakukan aksi melontar jamrah....
Ini pula replika kaabah yang dibawa khas oleh LUTH Bahau....
huhuhu......bergaya sakan seperti jemaah haji,InsyaAllah.....

18 Apr 2010

Berpesta lagi........

Ohhhhh semalam memenuhi satu lagi agenda penting dalam hidup..apalagi kalau bukan PC Fair.Salah satu acara yang wajib dihadiri setiap tahun.KLCC aku datang lagi.Datang untuk menghabiskan duit..hehe..duit
Seperti biasa,orang ramai berpusu-pusu ....



Sebelum beli barang,kita bergambar dulu le....sengihnampakgigi

Ini le hasilnya setelah berjam-jam merayau....around


Hari ni pula 18/04/2010 adalah Birthday Kak Mimi. ros Semoga dirahmati Allah selalu....Ada buat makan-makan sedikit untuk Kak Mimi..Ini le air tangankuminum
Solok lada
Cari lada ni sampai Seremban tapi jumpa kat Econsave Kuala Pilah.swt

Ini le hidangan tengahari tadi....lapar

Dan yang pasti ada mestilah kek...lapar


15 Apr 2010

Baca lagi........

Masih lagi tenggelam dalam lautan novel yang dibeli semasa book fair lalu....baru khatam 5 buah,ni sedang asyik mengulit DAMAI...diam

Berhenti sekejap..sambung menanda kertas ujian pelajar...tension

uhhhhh bila le nak siap!!!!nangih