22 Nov 2009

Cuti oh cuti........

Cuti akhir tahun telah pun bermula,namun aku masih lagi berada di N9 menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum bercuti panjang.Hari isnin dan selasa nanti masih lagi perlu berada di sekolah.Terengganu khabarnya dilanda banjir kali ke2.Mudahan-mudahan perjalanan pulangku nanti tiada sebarang kesulitan.Ahhhhh tak sabar rasanya nak balik....


Dah lama tak sampai sini.kat sini mesti rambang mata.....Jom poie Pasar Payang!!

Buat semua,datanglah berkunjung ke Terengganu,tak dapat pergi ke pulau-pulau,kita jelajah je apa yang ada di daratan.....

Selamat datang.....


18 Nov 2009

"SELAMAT BERJUANG"......


BUAT SEMUA CALON SPM 2009
KHUSUSNYA PELAJAR SMKSJ

SELAMAT MENDUDUKI SPM

PERJUANGAN ANDA TELAH BERMULA

TEMPUHINYA DENGAN PENUH KEYAKINAN
SEMOGA KEJAYAAN MILIK ANDA SEMUA.......

16 Nov 2009

Akhirnya kau pergi jua..."Ain"......

Janji tuhan telah tiba hari ni tepat jam 9.25am untukmu Ain....Menerima perkhabaran kepulanganmu ke rahmatullah ketika sedang sedang berada di tingkatan 4 Arif.Rasanya seperti mimipi,akhirnya engkau benar-benar pergi.....

Ain...,
dirimu adalah kesayangan semua guru
dirimu adalah kesayangan rakan-rakan sekelasmu
dan dirimu adalah kesayangan seluruh warga SMKSJ
semuanya hanya tinggal kenangan
hanya doa yang mengiringi pemergianmu
berbahagialah dikau dialam sana...
moga syurga tempat kembali mu nanti.....amin....


15 Nov 2009

Hari-hari terakhir persekolahan 2009....

Tak sabar nak cuti sekolah....tapi ada lagi kerja yang belum selesai....

Bila nak siap ni????Tensionnya!!!!!!


Rest kejap...makan dulu pizza ni!!!


10 Nov 2009

Mabuk kek........

Dah habis exam akhir tahun ni,macam-macam program yang berlangsung.Antaranya ialah pertandingan mengaising kek yang disertai oleh para pelajar dan guru.Macam-macam aksi dapat disaksikan!Kalah menang adat pertandingan,Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian.
Sebelum pertandingan,Cikgu Zarina terlebih dahulu membuat demo dan ini adalah hasil demo beliau....
Cantikkan!!!!


Antara pelajar yang mengambil bahagian.....


Ini pulak aksi para guru....Boleh tahan jugak mereka ni,bersara nanti boleh le buka kedai kek!!!

Ada lagi.....

Sebelum dan selepas.....


Ini antara hasilnya setelah berhempas pulas......


Tengok apa lagi. ...jom makan!!!!

Tahniah pada Cikgu Muhazir dan Cikgu Shidie yang telah menang kategori guru...

8 Nov 2009

Makanan Hati........



Sukarnya nak menjaga sekeping hati.
makanannya perlu cukup kalau tak hati boleh sakit,tidak tenang dan menderita.....

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Kita hayati pula hadis ini daripada abu Hurairah r.a katanya,

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa membaca kalimah tahlil-(Laa ilaaha illahu wahdahu laa syariikalah,lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai-in qadiir)-seratus kali dalam sehari,maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang hamba dan dicatat untuknya seratus kebajikan serta dihapuskan daripadanya seratus kesalahan(dosa)dan pada hari itu dia terpelihara daripada godaan syaitan sampai petang.Dan tidak ada seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali.
dan sesiapa yang membaca -(Subhanallahi wa bihamdih)-seratus kali dalam sehari,dihapuskan segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan"-Sahih Muslim

sama-sama kita memperbanyakkan Zikrullah agar hati kita sentiasa sihat sejahtera....

2 Nov 2009

Novel......

Akhir-akhir musim persekolahan ni,makin banyak mesyuarat yang perlu dihadiri.Bila tension tentu sahaja akan cari novel nak kurangkan tekanan..Ada novel lagi yang baru dibeli.Penulisnya Lily Haslina Nasir!Siap lily sendiri yang pos.... "Mencari Cinta Tuhan" penuh dengan pengajaran.Gaya bahasanya segar dan tak jemu dibaca.


Ini pulak novel "Aku,Dia & Coklat".Gelak sakan semasa membaca novel ni.Jadi kepada sesiapa yang murung atau sedih,bolehlah cuba membaca novel ni...pasti anda akan tersengih je sehingga ke penghujungnya!

Nampaknya bulan ni dah terlebih budget beli novel.....