Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti. Papar semua catatan

11 Nov 2010

Melaka..oh..Melaka...

Minggu lepas menghabiskan cuti hujung minggu di Melaka.Dah berbulan tak sampai di sana,Biasanya kalau pergi terus balik hari je..tapi kali ni saja nak membazir duit..heeee..tempah hotel melalui online..
Sampai di sana melilau melihat peta jalan ke hotel melalui map yang diprint dari internet..haaaa..tengok kereta sebelah,pun sama..tapi kereta-kereta plat singapura tu tgk melalui GPS NAVIGATOR..
Bayangkanlah dari tol Ayer Keroh ke Bandar Hilir mengambil masa 3 jam lebih..memang jam teruk.Tak pernah lagi alami keadaan seperti ini...

Melilau-lilau mencari jalan Melaka Raya 23, setelah dua tiga kali mengelilingi bandar hilir tu,akhirnya menahan teksi di Mahkota Parade untuk menunjuk arah ke hotel..heeem..melayang RM15 walaupun jarak dari mahkota parade ke hotel hanya 2.3km..huhuhuhu..
Petangnya merayau menaiki river cruise menyelusuri Sungai melaka..

Ingatkan airnya bersih,rupanya indah khabar dari rupa..Harap kerajaan melaka dapat buat sesuatu..dan rasanya inilah salah satu punca sungai tersebut kotor...saksikanlah sendiri..
-
-
-





Satu yang amat payah dicari di tengah-tengah bandar melaka ni ialah restoren kepunyaan orang melayu...yang ada restoren mamak je..mana poie orang melayu kat Melaka ni,adakah mereka hanya mampu membuka gerai-gerai biasa sahaja atau hanya di food court?Akhirnya jumpa juga..

Pelekat kat peti yang ku rasa paling cantik setakat ni...menarik sungguh!hanya ada di Melaka..haaa


dan inilah hasilnya di pintu petiku..mana nak letak laie ni???heeee

Di bandar melaka ni,parking kena bayar setiap hari,dah le tu sampai pulul 6!Agaknya apa yang diperkatakan oleh uncle ni?heeeee..


Selamat tinggal melaka..jumpa lagi tahun depan...

3 Dis 2009

Meredah banjir......

Ahhhhhh......hujan masih lagi tak berhenti,dah empat hari berturut-turut.Semalam walaupun hujan tapi tetap jua poie shopping kat KB Mall,Kota Bharu .Apalagi,akhirnya terperangkap dalam banjir di tengah-tengah bandar kota Bharu!!!!
Ni adalah antara gambar yang sempat diambil..


Seronoknya bebudak ni main air banjir...

Apa pun terima kasih kepada abang polis yang sanggup berhujan demi memastikan kelancaran lalulintas...kalau tak ada diorang,ntah le apa akan jadi....

22 Nov 2009

Cuti oh cuti........

Cuti akhir tahun telah pun bermula,namun aku masih lagi berada di N9 menyiapkan kerja-kerja terakhir sebelum bercuti panjang.Hari isnin dan selasa nanti masih lagi perlu berada di sekolah.Terengganu khabarnya dilanda banjir kali ke2.Mudahan-mudahan perjalanan pulangku nanti tiada sebarang kesulitan.Ahhhhh tak sabar rasanya nak balik....


Dah lama tak sampai sini.kat sini mesti rambang mata.....Jom poie Pasar Payang!!

Buat semua,datanglah berkunjung ke Terengganu,tak dapat pergi ke pulau-pulau,kita jelajah je apa yang ada di daratan.....

Selamat datang.....


25 Ogo 2009

"Merdeka...."

Alhamdulillah akhirnya selesai jua kududuki PTK kali ni..soalan bukan main susah lagi!berasap-asap kepalaku rasanya...InsyaAllah betul semuanya.he..he....
Tak sabar ni nak berkemas untuk balik ke Terengganu esok.Semoga perjalananku nanti dipermudahkan oleh Allah...Amin.....

tak sabar rasanya nak menatap wajah si Farah ni...




2 Jun 2009

Makan lagi.....

Petang tadi,makan laksa dan laksam yang dibuat oleh emakku dan kakakku,Min....
Esok Min nak buat nasi kerabu pula.Bestnya balik kampung,order je nak makan apa..pasti ada orang yang akan buat..he..he....

Ini le makanan petang tadi....


Setiap kali balik kampung memang berat badan akan bertambah...nampaknya balik Nogori nanti kena diet gila-gila ni!!

15 Mac 2009

Balik kampung....

Semalam bertolak awal pagi pulang ke kampung.Masuk sahaja sempadan negeri Pahang,suasana penuh berkabus!


Masuk pula negeri Terengganu disambut dengan hujan yang sangat lebat!


Terpaksa berhati-hati kerana jarak penglihatan amat terhad dan ada pula kereta yang tak pasang lampu,sakitnya hati!

Perjalanan sejauh 500km terasa sangat meletihkan!hanya sekali sahaja berhenti iaitu di Gambang..Syukur akhirnya sampai dengan selamat!!moga-moga tak dapat surat cinta dari PDRM..he..he..nak cuti sakan ni!

13 Mac 2009

Saat ditunggu telah tiba......

Gembiranya,esok dah start cuti sekolah!he..he..rasa macam budak-budak pulak.
Petang tadi ada lagi tugas terakhir sebelum bercuti.jam 2.30pm-6.00pm menghadiri Seminar Kecemerlangan Pengurusan Dan Kepimpinan di Sekolah Peringkat Daerah Jempol 2009 di Dewan Sri Rompin,Pejabat daerah jempol,NS.
Tak sabar nak balik Terengganu..dah Dua bulan lebih tak menjejakkan kaki di kampung halaman...InsayaAllah perjalanan esok selamat sampai.doakanlah...
buat anak-anak saudara yang dirindui,Tunggu!!!!!!!!