9 Okt 2011

Semakin hampir.......

Lamanya blog ni terbiar....semuanya gara-gara sibuk dengan tugas yang tak habis-habis...Bulan 10 ni barulah semuanya dah settle cuma tinggal pelajar SPM sahaja yang perlu diberi tumpuan.Mudahan-mudahan pelajar SPM tahun ni akan mendapat kejayaan yang gemilang,InsyaAllah..semoga Allah memberikan kefahaman yang semaksimum mungkin pada mereka terutamanya Pelajar 5 Arif dan 5 dinamik.


16 Jun 2011

"Rumah Hijauku".......

Akhirnya tercapailah hasratku untuk memiliki rumah sendiri.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar.Penantian selama hampir 15 bulan sampai ke penghujungnya!.....Inilah hasilnya..Rumah hijauku.
semasa pembinaan.......




Ini pula selepas lama menunggu!!!!!

Temanya hijau...kalau boleh aku nak semua dalam rumah tu warna hijau!dapatke???heheheee
Masih banyak lagi lagi yang nak "renovate"..huhuhu....kat mana nak cari duit lagi ni!!!!

19 Apr 2011

Kenangan di Taman Negara,Pahang......


LDP kali ini diadakan di luar sekolah.Khas tentang Headcount dan Post Mortem sambil menghayati keindahan Taman Negara,Jerantut,Pahang......Inilah sebahagian kenangan yang terakam selama 2 hari di sana...

Singgah di Temerloh terlebih dahulu.....makan........

Menjelajah Taman Negara sebelum check in Resort.....

Ohhhhhhhhh.....letihnya berjalan sejauh 2km di dalam hutan.....

Tugas utama tetap disiapkan......


23 Mac 2011

"Antara yang terbaik"............


Terjawab sudah segalanya...SPM diumumkan hari ini.Tahniah buat pelajarku yang mencapai keputusan cemerlang serta "takziah" buat mereka yang selalu main-main ketika guru mengajar!Tahniah buat Masturah Afifi yang mengharumkan nama sekolah kerana berjaya mendapat straight A....Buat Irwan,anda tetap antara yang terbaik! Ustazah doakan yang terbaik untuk kalian berdua......InsyaAllah...

9 Feb 2011

"Apabila diingati".......

Lantaran bebanan tugas membuatkan aku seperti tiada masa untuk update blogku ini....maaf buat pengunjung yang selalu singgah di sini!
Hari ini sebenarnya hari yang mengembirakanku walaupun terpaksa menghadiri 2 mesyuarat berturut-turut..Semuanya kerana ini....
-
-
-
-
-




Dan pemberinya ialah.....
-
-
-
-






Terharu rasanya apabila masih lagi dikenang oleh bekas anak muridku yang kini menuntut di brisbane.Malah yang paling membanggakanku beliau masih berupaya menjadi muslimah yang baik!Sejuk mataku memandangnya......Selamat kembali semula ke Brisbane meneruskan pengajian.....Nur Syazwani,Ustazah doakan agar tercapai segala yang dicita-citakan selama ini....InsyaAllah..

p/s...Alangkah bagusnya kalau semua anak muridku seperti beliau!