Petang tadi pergi service kereta.walaupun letih tapi terpaksa jugak sebab dah lebih hampir 1000km dari yang sepatutnya.Keluar dari bengkel lupa pulak nak pakai sefety belt...rupanya di selekoh kat depan bengkel tu ada pemeriksaan polis.Dah tak sempat nak pakai,tawakkal sahaja lalu...Ramai pulak polis kat situ.
Polis tu beri isyarat macam suruh berhenti kat tepi,aku pun berhenti le sebab dah terang-terang buat salah!Datang le seorang polis tu kat kereta dan kata: "Cikgu boleh pergi" Terkejut juga aku,ingatkan dia nak saman,rupanya dia suruh beredar dan siap panggil cikgu lagi!padahal waktu tu aku tak pakai baju kurung pun...macam mana dia tahu aku cikgu...confuse..confuse...Selamat le duitku.....alhamdulillah.
Ini merupakan pengalamanku kali ketiga di tahan polis, dulu aku memotong di garisan berkembar,habis je potong tengok ada polis kat depan!terus kena tahan dan aku turunkan cermin dan siap hulurkan lesen tanpa sempat polis tu minta sebab dah tahu mesti kena saman tapi akhirnya bila tahu aku cikgu,polis tu suruh aku beredar sahaja tanpa ada apa-apa saman!
Rupanya kali ni adengan tersebut berulang lagi...tanpa tanya kerja apa,terus je polis tu panggil aku cikgu dan suruh pergi!mungkin berkat mengajar budak-budak kot!
31 Mac 2009
28 Mac 2009
MTAQ DAERAH JEMPOL.....
Alhamdulillah,akhirnya selesai juga MTAQ Daerah Jempol tengah hari tadi.
Pagi-pagi lagi telah bergegas ke SMKSHK untuk menjadi juruacara bagi pertandingan Nasyid Sekolah Rendah.Sebanyak 7 sekolah telah berjaya menempatkan diri ke peringkat daerah.Ini antara gambar yang sempat diambil sambil menjadi MC....
ni pula gelagat para guru dan pelajar semasa menunggu keputusan...
Sekolahku hanya berjaya menjadi naib johan bagi pertandingan berzanji.Apa pun tahniah kepada para peserta yang telah bertungkus lumus berlatih selama ini...

Label:
Sekolah
25 Mac 2009
Berasap......
Dua hari berturut-turut menghadiri mesyuarat selepas waktu persekolahan.Semalam kelas berakhir jam 2.40pm,seterusnya bersambung jam 3.00pm dengan mesyuarat Kurikulum sehingga jam 6.00pm...Letihnya!!!
hari ni,selepas waktu persekolahan jam 2.00pm berkejar pulak poie ke SMKSHK untuk menghadiri meeting hakim MTAQ Daerah Jempol.jam 5.30 baru sampai kat rumah semula.
banyak kerja yang belum siap tapi malam ni nak berehat sepuasnya!!!!

22 Mac 2009
Kembali....
Seminggu cuti terasa macam sehari saja.Tak puas berada di kampung dah terpaksa pulang kembali ke nogori.Semalam dah sampai semula di negori,hari ni pulak poie Nilai untuk menghantar anak buah ke matrik UIA.
Sedihnya terpaksa berpisah lagi dengan anak buah kesayangan si Farah ni!InsyaAllah jumpa lagi cuti sekolah bulan mei nanti....
Label:
keluarga
15 Mac 2009
Balik kampung....
Semalam bertolak awal pagi pulang ke kampung.Masuk sahaja sempadan negeri Pahang,suasana penuh berkabus!
Masuk pula negeri Terengganu disambut dengan hujan yang sangat lebat!
Terpaksa berhati-hati kerana jarak penglihatan amat terhad dan ada pula kereta yang tak pasang lampu,sakitnya hati!
Perjalanan sejauh 500km terasa sangat meletihkan!hanya sekali sahaja berhenti iaitu di Gambang..Syukur akhirnya sampai dengan selamat!!moga-moga tak dapat surat cinta dari PDRM..he..he..nak cuti sakan ni!

cuti
13 Mac 2009
Saat ditunggu telah tiba......
Gembiranya,esok dah start cuti sekolah!he..he..rasa macam budak-budak pulak.
Petang tadi ada lagi tugas terakhir sebelum bercuti.jam 2.30pm-6.00pm menghadiri Seminar Kecemerlangan Pengurusan Dan Kepimpinan di Sekolah Peringkat Daerah Jempol 2009 di Dewan Sri Rompin,Pejabat daerah jempol,NS.
Tak sabar nak balik Terengganu..dah Dua bulan lebih tak menjejakkan kaki di kampung halaman...InsayaAllah perjalanan esok selamat sampai.doakanlah...
buat anak-anak saudara yang dirindui,Tunggu!!!!!!!!

12 Mac 2009
4 dalam 1.....
hari ni merupakan hari paling sibuk di sekolahku.
Jam 7.20 am dimulakan dengan acara Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah 2009.Disamping ceramah,majlis sambutan turut diserikan dengan bacaan berzanji dan berselawat beramai-ramai.
Pelajar sedang berselawat.....
Kumpulan berzanji sekolah menunjukkan bakat mereka...
Selesai majlis Maulidur Rasul,seterusnya diadakan Hari Anugerah Cemerlang sehingga jam 12pm.
Ini adalah antara pelajar yang cemerlang dan paling banyak dapat hadiah....syoknya!
Jam 12pm pulak result SPM keluar..guru sibuk pulak menguruskan result mereka.Aku telah bertugas mengedarkan result untuk tingkatan 5A.Syukur alhamdulillah 22 orang pelajar tingkatan 5A yang kuajar dapat A dalam subjekku kecuali Hairil Isma dapat 3B.
Sempat bergambar sementara menunggu result sampai....
Ini pulak setiausaha peperiksaan sedang sibuk mengasingkan result mengikut kelas mereka...
Sibuk mengedarkan result sampai tak sempat mengambil gambar pelajar yang cemerlang.
Akhir sekali bermula jam 2.30pm pulak diadakan Mesyuarat Agung PIBG sekolah..Mesyuarat selesai jam 7.15pm.Lamanya hari ni berada di sekolah..letih tak terkata...

9 Mac 2009
Beli buku lagi...
Semalam aku poie shopping kat Seremban melepaskan segala tension dan seperti biasa pasti akan singgah di popular dan MPH.Ini antara buku yang dibeli..
Cerita Cinta Dua Jiwa ni boleh le tahan..
Ini pulak buku yang paling malas nak baca tapi kena jugak baca!buku PTK le..syukur DG44 tak payah lagi pergi kursus hanya ambil exam sahaja,so..beli le buku ni sebagai persediaan exam nanti.
Surah يس ni pulak terpaksa beli walau dah banyak kat rumah kerana ada di dalamnya al-ma'thurat.Al-ma'thuratku yang diberi pinjam kepada pelajar tidak dipulangkan!terpaksa le beli yang baru...
Melalui jalan Bukit Putus sangat mendebarkan.Banyak sungguh berlaku kawasan tanah runtuh di situ...

Novel
8 Mac 2009
سلامت مراءيكن مولد الرسول
Sempena dengan sambutan Maulidur Rasul,marilah kita sama-sama hayati artikel di bawah...
Pengertian
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan RabiulAwal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
1-Kelahiran junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
2-Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul.
Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
3-Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
4-Peperangan
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
5-Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
6-Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat,
para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
7-Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
8-Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
9-Kejatuhan Empayar kerajaan Islam
Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Sumber daripada:Jabatan Mufti Melaka.

6 Mac 2009
Dosa Mengumpat......
Di hari jumaat yang mulia ini,marilah kita kita sama-sama hayati catatan ini.Semoga menjadi panduan untuk hidup kita.
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.
Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".
Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.
Dipetik: Suara Persatuan Ulama Online

Tazkirah
5 Mac 2009
Kecewa,marah dan sakit hati........
KALI INI, AKU NAK MENULIS MENGGUNAKAN SEMUANYA HURUF BESAR SEBAGAI MELAMBANGKAN PERASAANKU KETIKA INI...MARAH,KECEWA,SAKIT HATI SEMUANYA ADA DALAM DIRIKU.AKU AMAT JARANG MELUAHKAN RASA HATIKU DI SINI,TAPI RASANYA KALAU DIPENDAM MAKIN SAKIT RASANYA!
KINI BARU AKU RASA BAGAIMANA KALAU DIRI KITA DIFITNAH.....TULISANKU DI SINI HANYA TENTANG KEHIDUPAN SEHARIANKU LANGSUNG TIDAK BERNIAT UNTUK MENGATA SESIAPA PUN!!!TAPI ADA YANG MEMBACA TULISANKU DI SINI DAN MEYAMPAIKAN KEPADA ORANG LAIN DENGAN VERSI YANG BERBEZA SEHINGGGA MENIMBULKAN FITNAH DAN TOHMAHAN KEPADAKU..TUHAN MAHA ADIL,AKHIRNYA AKU TAHU SIAPA....SAKITNYA HATI BILA TAHU ADA ORANG YANG RAPAT DENGAN KITA SANGGUP MENJADI BATU API!PEDIH...PEDIH MEMANG PEDIH...

4 Mac 2009
MTAQ Zon B Daerah Jempol.......
Hari ni ke sekolah seperti biasa.Mengajar kelas 4A sekejap je rasanya 1 jam 20 minit tu!tapi kalau kat kelas 5F..bukan main lama lagi rasanya masa berlalu.pukul 1 petang pulak bawa pelajar menyertai pertandingan MTAQ di SMKDM.Ini antara gambar yang sempat diambil.
Azizul,peserta syarahan sekolahku...
Peserta nasyid sekolahku sedang membuat persembahan...
Antara peserta sekolahku....
Keputusannya agak mengecewakan kerana hanya pasukan berzanji sahaja yang layak ke peringkat daerah pada 28/3/09 nanti.Tahun depan cuba lagi untuk peserta nasyid,tilawah,khat dan syarahan.

3 Mac 2009
Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya...
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
Label:
Tazkirah
2 Mac 2009
Buku baru...
akhirnya habis jugak tanda kertas ujian pelajar.hari ni dah masukkan markah mereka semua kat bilik Peperiksaan.
Tadi juga buku yang dipesan daripada Jemari Seni sampai.Ini le bukunya..
Tak sabar nak baca ni tapi banyak lagi kerja-kerja sekolah yang belum selesai!

Langgan:
Catatan (Atom)