27 Feb 2009

Psikologi.....


Keluar sahaja dari kelas relief ting 3A,aku terus diserbu oleh cikgu Muhazir.katanya dia telah letakkan dalam bilikku 2 orang pelajar perempuan yang telah bergaduh di dalam kelas.Katanya dia suruh diorang tu bergaduh dalam bilikku...Bila aku sampai kat bilikku dan membuka pintu,aku tengok mereka berdua ok aje berdiri kat tepi dinding.

Mula-mula aku suruh diorang tu mengucap dan beristighfar banyak-banyak!kemudian barulah aku bla..bla..bla..tak sampai 5 minit dah settle.Aku suruh mintak maaf antara satu sama lain siap peluk-peluk lagi!

Nampaknya aku dah rampas jawatan kaunselor..patutnya ni kerja kaunselor sekolah!
So,nampaknya bolehlah aku tampal kat luar biliku itu"Bilik Rawatan Jiwa"..he..he..

26 Feb 2009

Meeting Hakim MTAQ...

tiba-tiba je tadi dapat fax dari SMK Datuk Mansor ada meeting hakim MTAQ jam 2.30pm.Tension....dah le ada kelas sampai pukul 2.00pm.Sampai kat sana lewat sikit tapi terkejut bila tengok ustaz yang bagi penerangan tu ialah Ustaz Nik Azizan yang selalu keluar kat TV9 tu "Mari Bertaranum".Hilang segala penat bila dengar ustaz Azizan mengaji!
Rupanya Ustaz Nik Azizan dah pindah mengajar di Negeri Sembilan..

23 Feb 2009

Ceramah motivasi untuk ibu bapa dan pelajar SPM

hari ni balik lambat lagi..Kul 5.15pm baru selesai Ceramah motivasi untuk ibu bapa dan pelajar SPM.Alhamdulillah kehadiran pelajar dan ibu bapa amat menggalakkan,sampaikan makanan untuk pelajar tak cukup!

Ibu bapa sedang melafazkan ikrar!



Sambil dengar ceramah aku sibuk menanda kertas soalan ujian 4A..Bila nak siap ni!!!!!

22 Feb 2009

Tukar template.....

Pagi tadi tiba-tiba je rasa rumahku ni perlu berwajah baru.Apalagi aku pun cuba le mana-mana template yang ada dalam simpanan..dan inilah hasilnya.Tapi rasanya cukuplah sekali,perit sungguh apabila terpaksa masukkan semula apa yang telah terpadam....

21 Feb 2009

KEADAAN WANITA DI DALAM NERAKA.......

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beginda, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:


1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan lahar yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakangnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dengan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya kelihatan api yang menyala dengan dasyat.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai menerima bermacam jenis azab dan seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya dijilbab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib daripada haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan wanita di atas.....Sama-samalah kita memperbaiki diri agar kita menjadi lebih baik daripada semalam....

19 Feb 2009

MANUSIA AKHIR ZAMAN

Sempena malam jumaat ni,marilah sama-sama kita hayati hadis di bawah....

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu".

"Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid'ah dan bid'ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid'ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid'ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih".

Para sahabat bertanya, "Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, "Tidak"

Para sahabat bertanya lagi, "Apakah turun wahyu kepada mereka?" Nabi menjawab, "Tidak" Para sahabat bertanya lagi, "Bagaimana keadaan mereka?" Jawab Nabi, "Seperti ulat dalam cuka".

Para sahabat bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?" Jawab Nabi, "Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar".

18 Feb 2009

Balik lambat lagi..

Petang ni diadakan aktiviti kokurikulum untuk unit beruniform.Perjumpaan bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.Aku tengok tak ramai pelajar yang hadir.
Aktiviti mereka petang ni ialah mendirikan khemah.
Ini adalah antara khemah yang siap didirikan....

16 Feb 2009

Exam feb 09

hari bermula exam feb.09 untuk semua pelajar.Tadi jaga kelas 5B dan relief kelas 1D serta 3B.

Bukan main semangat lagi jawab kertas BM budak 5B ni....

Semoga dapat result yang cemerlang!

14 Feb 2009

Mesyuarat Agung Puteri Islam Negeri Sembilan

Hari ni jam 7 pagi dah bertolak ke seremban untuk menghadiri mesy.agung PI nogori kat Dewan SK.Puteri.



Habis meeting poie jusco untuk release tension!
Sempat jugak makan nasi ayam goreng kat tepi Stadium Paroi dan tapau popia basah yang sedap ni...

13 Feb 2009

Sukan Sekolah 2009

Syukur alhamdulillah,akhirnya hari ni sukan sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya.Walaupun pada awalnya agak kelam kabut kerana sebelum itu sekolah telah menjadi tuan rumah Merentas Desa dan Bola jaring peringkat daerah.Persediaan dan persiapan sukan sekolah diadakan di saat-saat akhir.Setiausaha Sukan tanyaku nak tolong tak bertugas untuk hari sukan,Jawabku.."boleh gak".So aku pilih le koje yang paling mudah..apalagi jadi Penyelia Pemenang le.GKMP lain tak ada tugas tapi demi semangat kesukanan aku sanggup je bertugas!
Bahagian yang paling sibuk pada hari ni

Suasana ketika acara berlangsung

Antara wajah-wajah pemenang pingat emas,perak dan gangsa...

hari paling gembira buat cikgu Masri,akhirnya rumah beliau menjadi juara setelah sebelas tahun mencuba!Ini antara aksi beliau.

11 Feb 2009

Sukantara.....

Petang semalam dan hari ni diadakan sukantara.Ramai guru yang berkampung di sekolah sehingga jam 6 petang.Antara yang paling sibuk tentu sahaja yang bertugas sebagai urus setia.Ni antara gelagat mereka

pelajar pula bukan main bersemangat untuk memberi sebanyak mana pingat kepada rumah sukan masing-masing
aksi-aksi mereka...


Walaupun sibuk dengan sukan sekolah,aku masih sempat cuba hobi baru...pokok-pokok ni hadiah dari kak mimi.katanya untuk tambah oksigen dalam rumah,he..he...jangan mati dah pokok ni!

9 Feb 2009

Epal...

Syukur,akhirnya selesai juga buat soalan PI tingkatan 4.Pergi Bahau beli cartridge HP sambil memborong buah-buahan.Ini ada sedikit info untuk semua terutama bagi yang nak diet!


INFO: Khasiat sebiji epal

Sebiji epal sehari memberi anda sejumlah lima gram serat.
Mengandungi anti oksidan yang menurunkan risiko masalah jantung dan barah
Membantu kesihatan membran paru-paru
Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
Membantu mengekalkan berat badan

FAKTA

Sekurang-kurangnya 55 juta tan epal ditanam di seluruh dunia pada 2005 dengan nilai sekitar RM33 juta. China menghasilkan 40 peratus daripada jumlah itu, diikuti Amerika (7.5 peratus) dan selebihnya dari Turki, Perancis, Itali dan Iran.
Di Amerika, lebih daripada 60 peratus epal yang dijual secara komersial ditanam di Washington State. Ia menerima saingan hebat daripada epal New Zealand dan beberapa negara lain.

7 Feb 2009

"We Will Not Go Down"- Song for Gaza

"We Will Not Go Down"
Song for Gaza

"You can burn…our mosques and our homes and our schools. But our spirit will never die..." sings Michael Heart, an American songwriter, for Gaza reflecting on the horrific situation of the Palestinian people.

As stated on his website, Heart said, "I would like to request that after downloading the song from this page, you kindly donate directly to a charity or an organization dedicated to alleviate the suffering of the Palestinian people."
"I am grateful for every demonstration of support I have received from you, and for every thought and prayer that has gone to the people of Gaza," he added.

Click to listen to "We Will Not Go Down"

6 Feb 2009

Hari paling kalut......

- Tadi,jam 7 pagi dah sampai kat sekolah.Terus pergi pasang Asmaul Husna.Nak harapkan pengawas,maaf le..jam 7.20 baru mereka nampak muka!

-Lepas bacaan yasin,ada kelas.Jam 9.30 pulak ada meeting pengurusan hingga jam 11.50pagi.Lapar!tak makan apa-apa lagi dari pagi.

-Habis meeeting bergegas print bahan untuk program solehah pelajar perempuan tingkatan 5.Program bermula dari jam 12.05 hingga jam 1 petang.

-program tersebut yang berlangsung di surau sepatutnya dikendalikan oleh 6 orang guru tapi yang menampakkan muka hanya 3 orang sahaja..sakitnya hati,ni nak kena bagi memo ni!Alhamdulillah program ni akhirnya selesai dengan jayanya..

-hari ni memang tak cukup tangan rasanya sampaikan ada guru yang mintak tandatangan pengesahan kertas soalan ujian yang dibuat mereka pun tak boleh nak layan.Sorry!tunggu le hari selasa nanti.

-Jam 2.15 petang bergegas pula kembali ke sekolah untuk menyusun Bilik Utiliti yang bakal dijadikan tempat Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Darerah Jempol(PPIM)jam 3.00ptg.

-Jam 3 petang seramai 63 orang guru pemimpin Puteri Islam sampai dan mesyuarat bermula dari jam 3.15ptg hingga jam 5.30 petang.

-inilah hari yang paling meletihkan dalam hidup!Cuti nanti pun ada kerja jugak nak buat,soalan untuk tingkatan 4 belum selesai.Yang pasti jadi cikgu ni kerja tak pernah selesai..kerja,kerja dan kerja...

4 Feb 2009

Gotong Royong Perdana

Hari ni selepas waktu persekolahan,diadakan gotong royong perdana sehingga jam 5 petang.Aku kena awasi pelajar bersihkan dan cat surau.


Letihnya.Ngantuk!!


setiap hari balik lewat dari sekolah.Esok pulak ada lagi meeting dan pastinya balik lambat lagi...

2 Feb 2009

Mengapa Yahudi bijak...

Tadi terima kiriman ni dari teman,sama-sama le kita baca....

Sunday, January 25, 2009

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa
hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan
untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat
dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,
Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,
dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai
oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,
perfileman diHollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung
hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi
begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini
suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan
untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda
tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi
saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,
setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu
dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik
bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering
membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau
tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik,
tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,
adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang
masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi
genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk
mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi,
tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,
dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala
bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut
beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan
mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan
penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang
orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu
ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.


Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)
dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut
mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang
adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi
anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan
menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran
disekolah.


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi,
jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar
dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di
Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama
pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan
perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu
penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.
Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok
terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)


Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak
tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,
diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan
saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa
iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih
bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain
musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan
sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.


Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman
untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum
Yahudi.


Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di
dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California,
ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.
Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari
pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi
keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini,
memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping
mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini
murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan
mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu
dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,
perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di
Politeknik dan Universiti.


Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus
jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak
$US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia
dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah
mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design
Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan
fesyen.


Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu
caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat
mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain
di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya
bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan
kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah
ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah
ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika
mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah
dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk
memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah
Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood,
Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan
perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New
York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan
memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah
saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan
doktor pakar.


Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh
dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa
jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung,
galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten
disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan,
makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati muzik
sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan
bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan
otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti
memanah, bola keranjang, dart dan menembak.


Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh
akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun
2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan
begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok?
US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji
sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti
Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka
hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran
mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah
pulau sebesar Manhattan!!


Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya
telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika
anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga
hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?
Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang
berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat
dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain
dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai
bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan
metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke
Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan
ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi?
Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan,
dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan
3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini
setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan
diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang
5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!


Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon
--
Dr Wan Shah Jihan Wan Din
Pensyarah & Pakar Bedah
Jabatan ORL-HNS
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Pejabat: 09-7664102
Mobil: 0199391321
Fax: 09-7653370

SEMOGA KITA UMAT ISLAM SAMA-SAMA BERJUANG MENENTANG BANGSA YAHUDI YANG ZALIM INI!!!!

1 Feb 2009

Tanda buku....

Hari minggu pun ada kerja sekolah jugak.


Buku pelajar tingkatan 5B ni tak siap-siap lagi ditanda...Hari ni nampaknya tak boleh le poie mana-mana......