6 Feb 2009

Hari paling kalut......

- Tadi,jam 7 pagi dah sampai kat sekolah.Terus pergi pasang Asmaul Husna.Nak harapkan pengawas,maaf le..jam 7.20 baru mereka nampak muka!

-Lepas bacaan yasin,ada kelas.Jam 9.30 pulak ada meeting pengurusan hingga jam 11.50pagi.Lapar!tak makan apa-apa lagi dari pagi.

-Habis meeeting bergegas print bahan untuk program solehah pelajar perempuan tingkatan 5.Program bermula dari jam 12.05 hingga jam 1 petang.

-program tersebut yang berlangsung di surau sepatutnya dikendalikan oleh 6 orang guru tapi yang menampakkan muka hanya 3 orang sahaja..sakitnya hati,ni nak kena bagi memo ni!Alhamdulillah program ni akhirnya selesai dengan jayanya..

-hari ni memang tak cukup tangan rasanya sampaikan ada guru yang mintak tandatangan pengesahan kertas soalan ujian yang dibuat mereka pun tak boleh nak layan.Sorry!tunggu le hari selasa nanti.

-Jam 2.15 petang bergegas pula kembali ke sekolah untuk menyusun Bilik Utiliti yang bakal dijadikan tempat Mesyuarat Agung Pergerakan Puteri Islam Darerah Jempol(PPIM)jam 3.00ptg.

-Jam 3 petang seramai 63 orang guru pemimpin Puteri Islam sampai dan mesyuarat bermula dari jam 3.15ptg hingga jam 5.30 petang.

-inilah hari yang paling meletihkan dalam hidup!Cuti nanti pun ada kerja jugak nak buat,soalan untuk tingkatan 4 belum selesai.Yang pasti jadi cikgu ni kerja tak pernah selesai..kerja,kerja dan kerja...

Tiada ulasan: