27 Feb 2009

Psikologi.....


Keluar sahaja dari kelas relief ting 3A,aku terus diserbu oleh cikgu Muhazir.katanya dia telah letakkan dalam bilikku 2 orang pelajar perempuan yang telah bergaduh di dalam kelas.Katanya dia suruh diorang tu bergaduh dalam bilikku...Bila aku sampai kat bilikku dan membuka pintu,aku tengok mereka berdua ok aje berdiri kat tepi dinding.

Mula-mula aku suruh diorang tu mengucap dan beristighfar banyak-banyak!kemudian barulah aku bla..bla..bla..tak sampai 5 minit dah settle.Aku suruh mintak maaf antara satu sama lain siap peluk-peluk lagi!

Nampaknya aku dah rampas jawatan kaunselor..patutnya ni kerja kaunselor sekolah!
So,nampaknya bolehlah aku tampal kat luar biliku itu"Bilik Rawatan Jiwa"..he..he..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah atas tindakan sdri.

Semua guru adalah guru disiplin.

Pendekatan dan kaedahnya saja yang membezakan guru dalam menangani murid-muridnya.