31 Dis 2012

kenangan 2012....

السلام عليكم ورحمة الله
lama sungguh blog ini terbiar...Ini adalah catatan terakhir di tahun 2012.In Syaa Allah mudah-mudahan di tahun 2013 nanti diberi kekuatan untuk bertandang lagi di sini. Banyak sungguh dugaan dan cabaran pada tahun 2012 ini dan alhamdulillah masih dapat menghadapinya dengan sebaik mungkin.Terima Allah kerana memberi peluang hambamu ini bernafas di bumimu yang penuh pancaroba ini...
Semoga 2013 lebih baik bagiku dalam menjalankan amanahMu sebagai khalifah..
Sempat menghabiskan cuti hujung tahun bersama anak buah yang semakin hari semakin membesar..
Sempat juga berkunjung ke negara yang majoriti penduduknya tidak fasih berbahasa Inggeris..seperti ayam bercakap dengan itik...heheheeee..
Paling bermakna di tahun 2012...bertemu kembali dengan teman yang hampir 20 tahun terpisah..Subhanallah!berjumpa juga kita akhirnya! Kak Nor....bertemumu terasa muda kembali..heheheee
Pengalaman pertama mendaki cameron highland melalui tapah..sungguh mencabar kerana berlaku banyak runtuhan di sepanjang jalan..Alhamdulillah selamat pergi dan balik.
Semoga di tahun 2013 ini akan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik..InSyaaAllah

6 Feb 2012

Jalan-jalan menambah ilmu.....

Catatan tahun 2012 bermula dengan aktiviti biasa...apalagi kalau bukan jalan-jalan!Kali ni berjalan yang penuh bermanafaat.Poie tgk muzium kastam..Biasanya kalau datang Melaka ni tak pernah nak masuk mana-mana muzium,oleh sebab semua tempat dah pergi...jadi ini je le tempat yang lain sikit!Tengok sambil mengimbau sejarah silam!
Yang pasti ini tak dilupa...hehehehe..
Dan ini juga...penuh le dalam bilikku kat sekolah tu....