Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

24 Apr 2010

"Allah penentu segalanya".........

Rasanya inilah pengalaman paling menakutkan sepanjang menjadi AJK Daerah Puteri Islam. Perkhemahan Puteri Islam Daerah Jempol untuk murid-murid sekolah rendah yang dirancang berbulan lamanya...banyak wang dan tenaga dihabiskan namun dengan kuasa Allah swt,perkhemahan yang sepatutnya 3 hari terpaksa dipendekkan kepada sehari sahaja.

Sepanjang waktu siang semalam,cuaca elok sahaja..penas terik. segalanya berubah bila hampir malam.Cadangnya selepas maghrib,para pelajar tu nak disuruh mengemaskan baju2 mereka kerana cuaca seperti hendak hujan.Rupanya semasa mereka solat maghrib,hujan mulai turun seterusnya diikuti ribut petir.Segalanya bertukar menjadi kelam kabut......

ni gambar sewaktu aktiviti waktu siang.....

ni pula gambar khemah surau sebelum runtuh...

gambar khemah surau yang runtuh selepas dilanda ribut...

gambar khemah sebelum ribut..

Ni pulak gambar pokok yang hampir tumbang menimpa khemah...


Alhamdulillah semua pelajar selamat... doa keputusan terpaksa dibuat,perkhemahan terpaksa dibatalkan.huhuhu...ada hikmahnya,boleh le rehat di rumah.

18 Apr 2010

Berpesta lagi........

Ohhhhh semalam memenuhi satu lagi agenda penting dalam hidup..apalagi kalau bukan PC Fair.Salah satu acara yang wajib dihadiri setiap tahun.KLCC aku datang lagi.Datang untuk menghabiskan duit..hehe..duit
Seperti biasa,orang ramai berpusu-pusu ....



Sebelum beli barang,kita bergambar dulu le....sengihnampakgigi

Ini le hasilnya setelah berjam-jam merayau....around


Hari ni pula 18/04/2010 adalah Birthday Kak Mimi. ros Semoga dirahmati Allah selalu....Ada buat makan-makan sedikit untuk Kak Mimi..Ini le air tangankuminum
Solok lada
Cari lada ni sampai Seremban tapi jumpa kat Econsave Kuala Pilah.swt

Ini le hidangan tengahari tadi....lapar

Dan yang pasti ada mestilah kek...lapar


12 Mac 2010

Syukur....masih panjang umur lagi....

Petang tadi bergegas ke sekolah sekitar jam 2.20pm mengambil 2 orang pelajar untuk di hantar ke Pusat dakwah,Seremban.Mereka akan menghadiri kursus Pemantapan Solat selama 3 hari.Waktu pendaftaran pula sehingga jam 3.30pm.Jarak dari sekolah ke Seremban hampir 1 jam perjalanan.apalagi,bukan main laju bawak kereta.Tiba-tiba rasa macam tak dapat nak kawal stereng je...aku tanya pada kak Mimi di sebelah "rasa huyung hayang tak?".ohhhhhh rupanya tayar dah pancit!!!!nangihAlhamdulillah sempat berhenti tanpa berlaku apa-apa yang tidak diingini.Inilah pengalaman pertama tayar pancit setelah hampir 10 tahun bawa kereta!sakitnya hati,tayar tu baru sahaja dibeli 3 bulan yang lalu.Tayar jenis yang paling mahal lak!!!mad
telefon sana sini, akhirnya sampai jugak mekanik,lagi parah tayar tu bocor di sebelah tepi yang langsung tak boleh ditampal...huhuhu kena beli tayar baru!!!Dah le hantar pelajar tak dapat claim apa-apa,melayang duit lagi...tension
terima kasih le.....datang tepat pada waktunya....

"Bila le kita nak sampai ni......."
"kesian kereta ustazah kan".....

29 Okt 2009

Tak sayang nyawa............


Petang tadi dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Seremban,terserempak dengan peristiwa yang mendebarkan berhampiran dengan Tanjong Ipoh,Kuala Pilah...

Ketika sedang asyik mengekori lori di hadapan,rupanya tanpa disedari ada seorang remaja lelaki sedang duduk bersila di atas garis putih di tengah-tengah jalan raya.Mujur le tak panik,sempat mengelak ke tepi...kalau tak, entah apa akan jadi....Aku tak tahu apa yang terjadi seterusnya
pada remaja tersebut!
mudah-mudahan dia selamat....

Sekadar hiasan....



Makin menjadi-jadi perbuatan membunuh diri di kalangan remaja sekarang.Malah ada pelajar sekolah rendah pun dah pandai membunuh diri gara-gara dilarang bertemu dengan boyfriend!Kepada semua ibu bapa,didiklah anak dengan sebaik-baiknya kerana tanggungjawab tersebut bakal dipersoalkan di akhirat nanti......