29 Mac 2010

Kenangan KLIBF 2010.....

Seperti tahun lepas,Pesta Buku 2010 di PWTC adalah salah satu acara wajib.Tak berkesempatan nak ambil cuti,jadi terpaksalah meredah lautan manusia pada sabtu lepas(27/3)swt

hahramai sungguh manusia.....berhimpit-himpit terutama di gerai Alaf 21.so,kita layan je le gambar sepanjang berada di KLIBF tu.....

Dah namanya datang ke BF,taksah kalau tak bergambar dengan penulis....
Bersama Norhayati Berahim....sengihnampakgigi
lepas tu singgah pula ke booth karnadya...jumpa penulis Eina Emir dan mimie afinie...
Di booth DBP sempat juga berjumpa dengan Aminah mokhtar...akhirnya jumpa...selama ni baca je buku beliau..peluk

Kat jemari Seni jumpa penulis Noorsuraya dan Syud...Best dengan layanan KakSu...jumpa lagi tahun depan ye....

Di booth alaf21 jumpa dengan penulis Hasreeyati ramli...dah lama nak jumpa...

Lepas tu naik pula ke Aras 5,tengok pameran lukisan dan juga berjumpa dengan kartunis Zunar.......

Sempat juga shopping kat The Mall dan bergambar dengan kereta F1 ni...

Inilah hasilnya....setelah bersusah payah dan berhimpit-himpit.....

24 Mac 2010

Ohhhhh leganya..selesai jua Mesyuarat PIBG 2010..




tepuktanganSekalung tahniah buat semua warga SMKSJ yang telah bekerja keras memastikan Mesyuarat Agung PIBG berjalan dengan lancar petang tadi.Inilah antara corat coret yang sempat dirakam....

Macam biasa,ada guru tayang baju paling lip lap le.....antaranya Cikgu Suraya dan Ustazah Noriyati ni...hehe...cun tak?sengihnampakgigi

Ini pula antara penjaga yang hadir..macam biasa jugak..kaum ibu yang ramai,kenapa ya tak ramai kaum bapa?fikir

encemhuhuhu.....ni pula aksi para guru...macam-macam ada....senyum

Ada lagi....
Paling ditunggu tentu sahaja cabutan bertuah..ni antara hadiahnya...yang tak dapat,jangan kecewa ye!!!gigitjari

Sungguh tak sangka,rupanya diriku pun bertuah tadi...ni le yang dapat....

Para tetamu dihiburkan dengan persembahan caklempong....macam gaya artis profesional je diorang ni...
babai

12 Mac 2010

Syukur....masih panjang umur lagi....

Petang tadi bergegas ke sekolah sekitar jam 2.20pm mengambil 2 orang pelajar untuk di hantar ke Pusat dakwah,Seremban.Mereka akan menghadiri kursus Pemantapan Solat selama 3 hari.Waktu pendaftaran pula sehingga jam 3.30pm.Jarak dari sekolah ke Seremban hampir 1 jam perjalanan.apalagi,bukan main laju bawak kereta.Tiba-tiba rasa macam tak dapat nak kawal stereng je...aku tanya pada kak Mimi di sebelah "rasa huyung hayang tak?".ohhhhhh rupanya tayar dah pancit!!!!nangihAlhamdulillah sempat berhenti tanpa berlaku apa-apa yang tidak diingini.Inilah pengalaman pertama tayar pancit setelah hampir 10 tahun bawa kereta!sakitnya hati,tayar tu baru sahaja dibeli 3 bulan yang lalu.Tayar jenis yang paling mahal lak!!!mad
telefon sana sini, akhirnya sampai jugak mekanik,lagi parah tayar tu bocor di sebelah tepi yang langsung tak boleh ditampal...huhuhu kena beli tayar baru!!!Dah le hantar pelajar tak dapat claim apa-apa,melayang duit lagi...tension
terima kasih le.....datang tepat pada waktunya....

"Bila le kita nak sampai ni......."
"kesian kereta ustazah kan".....

10 Mac 2010

BERDEBAR-DEBAR.......

Huhuhu.........Esok result SPM keluar!Takutnya.....scaredEntah le camno dengan result bebudak 5B dan 5F....Semoga yang dapat A dalam PI akan meningkat,InsyaAllahdoa
Budak nak ambik result,cikgu lak yang tak lena tidur....tension..tension!tension
so,nak hilang tension,balik sekolah tadi poie shopping,perabih duit mana yang ada!
akhirnya beli ni....hehehe dah lama berkenan........
Semoga bawak kereta balik Terengganu nanti tak silau lagi.......

2 Mac 2010

Kami Rindukanmu..Ya Rasulullah...........



Alhamdulillah,sekolah akhirnya berjaya juga mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul semalam.Tahniah buat KP PI,ustazah Noriyati dan anak buahnya yang telah bertungkus lumus memastikan majlis berjalan dengan lancar!tepuktangan
Kali ni,sekolah menjemput ustaz Abdul Rahman,imam 1 Masjid Seri Menanti untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar.Nampaknya,pelajar amat tertarik dengan isi ceramah beliau.sengihnampakgigi
Ustaz Abdul rahman......

Sedang kusyuk dengar ceramah......

Majlis diakhiri dengan alunan selawat beramai-ramai......
Semoga kita semua akan sentiasa mengamalkan segala sunnah baginda sebagai bukti kecintaan kita terhadap Rasulullah s.a.w......