
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
9 Okt 2011
Semakin hampir.......
Lamanya blog ni terbiar....semuanya gara-gara sibuk dengan tugas yang tak habis-habis...Bulan 10 ni barulah semuanya dah settle cuma tinggal pelajar SPM sahaja yang perlu diberi tumpuan.Mudahan-mudahan pelajar SPM tahun ni akan mendapat kejayaan yang gemilang,InsyaAllah..semoga Allah memberikan kefahaman yang semaksimum mungkin pada mereka terutamanya Pelajar 5 Arif dan 5 dinamik.


Label:
Sekolah
19 Apr 2011
Kenangan di Taman Negara,Pahang......

LDP kali ini diadakan di luar sekolah.Khas tentang Headcount dan Post Mortem sambil menghayati keindahan Taman Negara,Jerantut,Pahang......Inilah sebahagian kenangan yang terakam selama 2 hari di sana...

Label:
Sekolah
23 Mac 2011
"Antara yang terbaik"............

Terjawab sudah segalanya...SPM diumumkan hari ini.Tahniah buat pelajarku yang mencapai keputusan cemerlang serta "takziah" buat mereka yang selalu main-main ketika guru mengajar!Tahniah buat Masturah Afifi yang mengharumkan nama sekolah kerana berjaya mendapat straight A....Buat Irwan,anda tetap antara yang terbaik! Ustazah doakan yang terbaik untuk kalian berdua......InsyaAllah...

Label:
Sekolah
14 Okt 2010
"USAHA DAN TAWAKKAL......"

Hari ni pelajar tingkatan 5 membawa ibubapa masing-masing bertemu guru matapelajaran untuk program 3 penjuru(guru,pelajar dan ibu bapa).Banyak perkara yang dibincangkan terutama tentang persiapan anak2 mereka di saat akhir sebelum menjelangnya SPM.

Lenguh bercakap tanpa henti dari jam 10 am hingga hampir jam 1 petang...baru semuanya selesai..
masih ramai anak didikku itu yang belum sedar dan insaf dan sungguh mengejutkan apabila salah seorang bapa pelajarku itu menerangkan bahawa anaknya leka ber SMS hingga menjejaskan tumpuannya terhadap pelajaran.Patutlah resultnya makin lama makin menurun.
Buat semua anak didikku terutama tingkatan 5 Arif,hargailah pengobanan ibu bapamu...hadiahkan mereka dengan kecemerlangan.Rasanya telah habis segala idea untuk menasihati kalian semua...Tinggalkanlah segala yang melalaikan sebelum semuanya terlambat!
"USAHA,USAHA,USAHA.....TAWAKKAL"...INSYAAALLAH KEJAYAAN BAKAL DALAM GENGGAMAN KALIAN SEMUA....AMIN.....

Label:
Sekolah
3 Sep 2010
Majlis Khatam al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan SMKSJ 1431H....
Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti panjang....Alhamdulillah selesai juga tugas terakhirku iaitu memastikan perjalanan majlis Khatam al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan berjalan dengan lancar.Terima kasih tidak terhingga buat para guru yang telah bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Semoga majlis kita tadi mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi....Sungguh tidak sangka rupanya terdapat anak muridku yang dapat mengalunkan bacaan suci ayat-ayat al-Quran dengan begitu baik sekali..Tahniah buat mereka semua dan tataplah gambar yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.....















Label:
Sekolah
29 Apr 2010
HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKSJ 2010
Selesai satu lagi agenda penting sekolah iaitu HAC 2010.Tahniah buat semua guru yang telah bertungkus lumus memastikan acara ini berlangsung dengan sempurna.

Setelah rehearsal sebanyak 3 kali,
akhirnya ia selesai sebagaimana dirancang!




Setelah rehearsal sebanyak 3 kali,

Perasmian oleh Dato' lilah Yasin.....

Guru-guru tak lepaskan peluang bergambar........pantang nampak kemera terus senyum

Antara penerima anegerah.......

Label:
Sekolah
21 Apr 2010
Kursus Haji SMKSJ 2010...
Kursus haji yang telah lama dirancang ,akhirnya terlaksana jua pada hari ni.Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam SMKSJ yang telah berjaya menganjurkan kursus ini degan kerjasama LUTH cawangan Bahau.
Semua pelajar tingkatan 5 dari semalam lagi dah berkobar-kobar nak menjalani amali ibadat haji dan Umrah tersebut.


Semua pelajar tingkatan 5 dari semalam lagi dah berkobar-kobar nak menjalani amali ibadat haji dan Umrah tersebut.

Penceramah jemputan ialah Tuan haji Mislal dari Seremban....pelajar begitu seronok mendengar celoteh beliau.Tahniah!!!
Tuan Haji Mislal....

Ini adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang program tersebut berlangsung...
Guru pun bukan main lagi bersemangat....

Guru pun bukan main lagi bersemangat....
Label:
Sekolah
24 Mac 2010
Ohhhhh leganya..selesai jua Mesyuarat PIBG 2010..

Macam biasa,ada guru tayang baju paling lip lap le.....antaranya Cikgu Suraya dan Ustazah Noriyati ni...hehe...cun tak?

Ini pula antara penjaga yang hadir..macam biasa jugak..kaum ibu yang ramai,kenapa ya tak ramai kaum bapa?





Ada lagi....



Sungguh tak sangka,rupanya diriku pun bertuah tadi...ni le yang dapat....
Para tetamu dihiburkan dengan persembahan caklempong....macam gaya artis profesional je diorang ni...

Label:
Sekolah
Langgan:
Catatan (Atom)