12 Mac 2009

4 dalam 1.....

hari ni merupakan hari paling sibuk di sekolahku.
Jam 7.20 am dimulakan dengan acara Sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah 2009.Disamping ceramah,majlis sambutan turut diserikan dengan bacaan berzanji dan berselawat beramai-ramai.
Pelajar sedang berselawat.....


Kumpulan berzanji sekolah menunjukkan bakat mereka...


Selesai majlis Maulidur Rasul,seterusnya diadakan Hari Anugerah Cemerlang sehingga jam 12pm.


Ini adalah antara pelajar yang cemerlang dan paling banyak dapat hadiah....syoknya!


Jam 12pm pulak result SPM keluar..guru sibuk pulak menguruskan result mereka.Aku telah bertugas mengedarkan result untuk tingkatan 5A.Syukur alhamdulillah 22 orang pelajar tingkatan 5A yang kuajar dapat A dalam subjekku kecuali Hairil Isma dapat 3B.

Sempat bergambar sementara menunggu result sampai....


Ini pulak setiausaha peperiksaan sedang sibuk mengasingkan result mengikut kelas mereka...

Sibuk mengedarkan result sampai tak sempat mengambil gambar pelajar yang cemerlang.

Akhir sekali bermula jam 2.30pm pulak diadakan Mesyuarat Agung PIBG sekolah..Mesyuarat selesai jam 7.15pm.Lamanya hari ni berada di sekolah..letih tak terkata...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam pknalan cikgu!!..bila tengok gmbr sek ni...trknan plak zmn prsekolahan dulu...rinduuuuuny..huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan jugak buat reen..
bagi insan yang bergelar guru macam akak ni,sekolahlah dunia akak..dari umur 7 tahun masuk sekolah insyaAllah usia 55 tahun nanti baru keluar sekolah..he..he...