10 Feb 2010

Selesai akhirnya.......

Alhamdulillah,Leganya...akhirnya sukan sekolah menghampiri kemuncaknya pada hari ini.Setelah berpanas pada waktu petang di sekolah hampir dua minggu untuk acara sukantara, saringan dan acara padang,sampai jua hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari akhir untuk Sukan Tahunan SMKSJ kali ke sebelas!
tepuktanganTahniah buat semua guru yang telah bekerja keras untuk memastikan acara pada tahun ini berjalan dengan lancar.

Para pelajar terlebih dahulu berkumpul di dataran perhimpunan mengikut rumah masing-masing.Semuanya berwajah ceria!

Selepas itu,mereka semua bergerak ke khemah rumah masing-masing....

Acara pagi tadi dimulakan dengan pertandingan perbarisan antara rumah sukan dan juaranya ialah rumah Wira!tahniahpeluk

Antara aksi-aksi pelajar di padang...

Dah namanya guru,kalau tak berposing tak sah!!!
sengihnampakgigi

Paling menarik tentu sekali acara untuk guru...6x50meter..Bersemangat bukan main guru yang mengambil bahagian tu!menari

Acara seterusnya untuk guru ialah pertandingan mengayam ketupat!Pemenangnya GKP akademik,tahniah!!!!tepuktangan

Paling menggamatkan suasana ialah pertandingan tarik tali antara guru lelaki dengan penjaga...Guru akhirnya menyerah kalah...gigitjari

Nadi untuk sukan kali ni tentu sahaja guru-guru yang bertugas sebagai urus setia!Tahniah buat bossnya Cikgu Mimi dan anak-anak buahnya...senyumkenyit

Apa pun tahniah buat ketua rumah WIRA iaitu cikgu Johan kerana berjaya mengekalkan kedudukan naib johan!cayalah...persaingan tahun ni sungguh sengit!tahun depan kita mesti jadi juara!

Jumpa lagi tahun depan.....babai

Tiada ulasan: