18 Mei 2009

SAMBUTAN HARI GURU SMKSJ 2009

Hari ni merupakan sambutan hari guru sekolahku.Pagi-pagi lagi acara dimulakan dengan perarakan para guru yang diiringi dengan paluan kompang oleh para pelajar!

Setelah pelbagai ucapan,acara diteruskan dengan acara sukaneka..paling kelakar,Pn.Faridah GPK 1 bermain galah panjang dan berlari macam budak-budak je..he..he..
Lepas sukaneka ada persembahan pelajar dan guru..Tuan Pengetua bukan main lagi nyanyi 2 buah lagu.
kemudian acara bersalaman dengan semua pelajar!terima kasih kepada pelajar yang sudi menghulurkan hadiah dan mengucapkan "Selamat Hari Guru" terutamanya pelajar 5B....Ustazah sayang anda semua!!!!
Acara diakhiri dengan pertukaran hadiah antara "teman rahsia"...Teman rahsiaku terkejut sakan bila aku hulurkan hadiah padanya!langsung dia tak boleh teka aku yang selama ni menulis surat untuknya setiap hari..he..he...
ni hadiah untuk teman rahsiaku..dia peminat fanatik novel,so aku hadiahkan novel ni..



lepas tu,apalagi...makan..makan dan makan le...

3 ulasan:

syak n kinah berkata...

siape teman misteri ustazah? wahh..dapat novel. novel tue best ke ustazah?? saya nak beli takot x best..

imannuha berkata...

Teman misteri ustazah tu,cikgu Zabariah!novel tu ok le,kerana cikgu Zaba peminat Norhayati Berahim maka ustazah bagi novel tu kat dia.....

syak n kinah berkata...

saya suke cikgu zaba kerana die suke membaca..amalan itu sangat bagus sekali.