14 Mei 2009

Pra hari Guru.....


sempena hari guru nanti,semua guru kat sekolahku diberi seorang "teman rahsia".kami kena menulis surat setiap hari kepada teman rahsia tersebut.Pada sambutan hari guru nanti kami kena memberi hadiah kepada teman rahsia tersebut dan pada hari itulah baru mereka akan tahu siapa yang mengutus surat untuk mereka setiap hari...

Teman rahsiaku langsung tak boleh teka siapa yang menulis surat untuknya..Tulisan tanganku memang ramai guru yang cam,oleh itu aku menaip surat tersebut!langsung dia tak boleh teka...teruja dia baca surat yang ditulis olehku,ha..ha....padahal yang tulis surat tu ada depan mata dia!

Setakat ni 3 pucuk surat dah kuutus dan rahsiaku masih belum bocor!!!!Tak sabar aku nak tengok reaksinya bila dia tahu akulah teman rahsianya selama ni..he..he...

Tiada ulasan: