26 Mei 2009

Demam peperiksaan....


Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum bercuti. Pelajar kat sekolahku sekarang ni sibuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun.Suasana sekolah nampaknya tenang dan terkawal kerana pelajar semuanya khusyuk jawab exam.Semasa mengawas exam,senang je nak bagi mereka diam..kataku, kalau diorang bercakap mereka akan bisu dan kalau melihat jawapan kawan pulak mereka akan buta..so,takde le yang berani nak meniru.he..he....
Nampaknya sambil bercuti terpaksa bawa balik kertas jawapan pelajar ke Terengganu..
Minggu ni juga agak sibuk kerana Pengetua dan semua Penolong kanan tiada di sekolah,mereka ada kursus..jadi aku dan 3 orang lagi GKMP bergilir-gilir bertugas memastikan sekolah berjalan seperti biasa....
Hari jumaat,sabtu dan ahad ni pula diadakan Kem Matapelajaran SPM dan PMR.Selepas tu baru boleh balik ke Terengganu.Dah tak sabar ni nak menghirup udara Terengganu,rasanya hampir dua bulan lebih tak balik kampung!

2 ulasan:

syak n kinah berkata...

dulu pon ustazah cakap cm tu waktu jaga periksa kat kelas saye..hehehe teros kecot nk bising hehe takot bisu..nak jeling2 pon risau takot bute..

imannuha berkata...

ha..ha..ha...masih ingat lagi?!!!kira power le kata-kata ustazah tu ye?