21 Mei 2009

Musibah.........


Petang Selasa baru-baru ni kawasan tempat tinggalku dilanda ribut petir yang amat kuat!jam 6pm lebih,ketika aku sedang membaca,tiba-tiba kilat yang kuat kedengaran di dalam rumahku beserta bunyi dentuman....lampu tak padam,dan aku tak syak apa-apa kerana semua plug telah kututup.
malamnya bila aku nak melayari internet,puas kucuba tapi tak boleh sambung dengan streamyx!rupa--rupanya modemnya telah terbakar kerana aku terlupa untuk menanggalkan sambungan telefon ke modem dan laptop...Akibatnya....uwaaaaaaa.......semuanya rosak,talian telefon rumah terputus,modem untuk streamyx terbakar dan rosak dan yang paling sedih.....laptopku pun turut rosak!!!!!!Banyak bahan-bahan penting yang terkini belum kusimpan....laptopku ni baru setahun lebih kubeli dan ini adalah laptop ketiga ku...belum puas guna dah rosak...duit...duit dan duit lagi akan mengalir keluar untuk beli yang baru!nampaknya terpaksa le meminjam laptop dan broadband rakanku untuk memasukkan entry ini...

Tiada ulasan: