30 Jul 2009

H1N1....dan bergambar...

Pagi-pagi lagi kecoh kat sekolahku hari ni,ada seorang pelajar yang demam datang ke sekolah dan yang teruknya ada kaum keluarganya yang dah confirm kena H1N1...Kesian guru bertugas kena hantar pelajar tu pulang ke rumah!Semua guru dah gelabah ni....
jadi aku dengan bersemangatnya terus poie farmasi boli mask ni petang tadi!


Walaupun begitu sesi bergambar untuk majalah sekolah berjalan seperti biasa..ni le antara gambar yang sempat dirakam!






28 Jul 2009

Mentor-mentee

Hari ni diadakan penyerahan mentor-mentee.jam 2pm tadi majlis berlangsung.....tambah satu lagi beban kerja!tapi akur je le....cuba untuk buat yang terbaik nanti!
ni gambar semasa perasmian oleh YDP PIBG sekolah...





ni pulak gambar guru yang tension nak tahu sape jadi anak angkatnya!haaaaa...




27 Jul 2009

Meeting...meeting.......


Sekolah hari ni berakhir jam 2.40pm,seterusnya jam 3pm pulak mempengerusikan meeting Bidang Kemanusiaan.Banyak jugak perkara yang dibincangkan dalam meeting kali ni.Semua Ketua Panitia di bawah Bidang kemanusiaan hadir kecuali KP Pend.Sivik&Kenegaraan dan KP Muzik yang ada kursus!
Tengah pening ni nak merangka program Minggu Kemanusiaan yang bakal berlangsung bermula 10 ogos ini.....Mudah-mudahan akan berjalan dengan lancar nanti...




26 Jul 2009

Novel terkini.......

Semalam poie Bahau,ambik gaji dan perkara yang wajib dilakukan ialah beli novel.Akhirnya novel terbaru karya Damya Hanna ni jadi pilihan....






Aku baca buku tu sampai pukul 3 pagi lebih baru khatam,sedangkan hari ni aku ada kelas tambahan dengan pelajar 5B jam 8 pagi.Ngantuknya!!!!!!!!!!!!!!!

24 Jul 2009

24 Perkara yang jangan dilakukan......



Hari ni seperti biasa setiap jumaat jam 12.15 hingga 1.00pm,pelajar perempuan ada program Solehah di Surau.Minggu ni giliran pelajar tingkatan 5.Kumpulan di bawah seliaanku hari ni mendengar tazkirah yang berhubung dengan 24 perkara yang jangan dilakukan.....Ini le isi tazkirah tadi.....


Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

22 Jul 2009

"Aerobic"

Aku terlupa hari ni rupanya semua pelajar dan guru pada waktu kokurikulum jam 2-4pm ada aerobic sempena Bulan Kecergasan.Ramai guru yang malas nak tukar pakaian.so,mereka jadi tukang tengok je le.......
Tugasku macam biasa je,he..he...apalagi,snap gambar le!macam-macam aksi ada...
Ni gambar guru lelaki,bukan main semangat mereka terutamanya Cikgu Muhazir!

Mujur le hari redup je.Para pelajar bukan bersemangat mengikut arahan Cikgu Mat Dah.Tahniah buat cikgu Mat Dah selaku ketua Panitia PJK.he.he..KB kemanusiaan sendiri boleh lupa ada aerobic hari ni....



20 Jul 2009

"Tepati Masa"

Hari ni cuti umum untuk N9 sempena Isra'Mikraj....pukul 3pm tadi melangsaikan hutang dengan pelajar tingkatan 4A untuk mengqada'kan kelas mereka yang aku terpaksa tinggalkan semasa kursus dll.
Aku janji dengan diorang jam 3 tapi apabila aku sampai kat kelas tu,tak ada sorang pun...kul 3.05 minit baru le diorang sampai....kul 3.15 baru penuh kelas tu!

Memang pantang tok nenek aku kalau orang yang tak tepati masa ni,apalagi aku bagi le tazkirah pendek tentang tepati masa!!!Aku cukup tak suka dengan orang yang selalu datang lewat.Tahun lepas,aku hampir tinggalkan pelajar yang hendak berlepas ke sabah gara-gara beliau datang lewat dari waktu yang dijanjikan.Malah kakakku sendiri pernah aku tinggalkan semasa nak poie kenduri perkahwinan saudaraku kerana dia lewat tiba..he..he..zalim ke aku ni?????

Apapun..selesai jugak kelasku tadi hampir 2 jam lebih...walaupun kena leter mereka tetap bersemangat belajar..he..he..ni gambar diorang lepas kena leter!





17 Jul 2009

ISRA' MIKRAJ

Hari isnin nanti,27 rejab kat nogori Sembilan cuti umum sempena Isra' Mikraj.Lega..dapat berehat 3 hari minggu ni...Pagi tadi kat sekolah buat sambutan awal untuk meraikan Isra' Mikraj terebut.Semua guru dan pelajar dihidangkan sarapan pagi dengan ceramah daripada ustaz Sobri,Pensyarah Kolej Komuniti Jempol,NS
Banyak pengajaran yang dapat diambil tadi.....

Ini adalah gambar semasa sambutan pagi tadi...guru dan pelajar bukan main khusyuk dengar ceramah tersebut...


Isra' Mikraj adalah dua peristiwa kembar menakjubkan yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab. Peristiwa yang sangat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu dianggap sebagai penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurniaan Allah kepada Baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan Allah.

Israk bererti perjalanan Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam al-Quran, seperti firman Allah bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." – (Surah al-Israa', ayat 1).
Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh, dekat singgah sana Allah seperti yang digambarkan oleh al-Quran yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain iaitu di Sidratil Muntaha. "Dekatnya ada syurga tempat tinggal, (Muhammad melihat Jibril) ketika Sidratil Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya.

"Penglihatan (Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. "Demi sesungguhnya Baginda telah melihat sebahagian daripada sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya." – (Surah an-Najm, ayat 13-18). Sidaratul Muntaha adalah tempat yang paling tinggi di atas langit ketujuh, yang dikunjungi Nabi Muhammad ketika Mikraj.

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Melalui beberapa buah hadis, rasulullah telah mengkhabarkan kepada kita bahawa dalam perjalanan israk mikraj baginda melihat banyak gambaran melalui pemandangan yang diperlihatkan oleh allah s.w.t, dengan membawa maksud yang mendalam.Antaranya:

1- Rasulullah s.a.w melihat sekumpulan manusia yang bercucuk tanam,tumbuh,berbuah dan dituai semula. Setelah dituai ianya kembali tumbuh berbuah dan dituai lagi.Demikianlah proses itu berulang tanpa henti. Jibril a.s menerangkan kepada baginda tentang pembalasan kepada manusia beriman yang berbuat kebaikan dan kebajikan dengan berjihad ke-jalan allah semasa hidupnya. Maka balasan daripada perbuatan tersebut akan dinikmati berulang-ulang setelah berada dialam akhirat.

2- Rasulullah s.a.w diperlihatkan tentang sekumpulan manusia yang memakan daging busuk,dimana pada masa yang sama terdapat daging segar yang bermasak dan tersedia berhampiran dengan mereka, gambaran ini dijelaskan oleh jibril a.s tentang perlakuan manusia yang suka mengerjakan perbuatan keji iaitu "Zina", sedangkan disamping mereka telah ada suami dan isteri yang sah dan halal, atau mereka mampu untuk berkahwin,tetapi lebih suka melakukan perbuatan zina.

3- Baginda dibawa melalui ke-suatu kawasan yang sangat harum, diterangkan oleh jibril a.s dimana seorang ibu bersama anaknya yang mati akibat kezaliman yang dilakukan oleh firaun ke-atas mereka. Mereka sanggup mati kerana mempertahankan iman dan keyakinan kepada allah s.w.t.

4- Baginda juga dibawa melalui sekumpulan manusia yang mempunyai bebanan yang banyak dan berat, kemudian menambah-nambah lagi bebanan tersebut. Jibril a.s menerangkan perumpamaan tentang sikap manusia yang telah mempunyai amanah yang belum ditunaikan, pada masa yang sama, sanggup pula menerima amanah yang lain, yang akhirnya menjadi suatu bebanan yang amat berat untuk ditanggung bagi menunaikannya.

5- Peristiwa maha agong ini berakhir dengan pengurniaan ibadat tetap kepada manusia iaitu solat lima waktu. Pada asalnya baginda s.a.w menerima perintah mengerjakan 50 waktu solat dalam sehari semalam, namun setelah bertemu dengan Nabi Musa a.s dan diatas pandangannya, baginda s.a.w sanggup berulang - alik mohon mendapat pengurangan daripada allah s.w.t dan akhirnya kekallah 5 waktu sehari semalam. Itulah yang menjadi amalan wajib kepada kita dengan ganjaran daripada allah s.w.t sama seperti mengerjakan solat 50 waktu.




14 Jul 2009

Semak arah kiblat....

Pada 16 Julai 2009 ni jam 5.28pm marilah kita sama-sama menyemak arah kiblat....

FENOMENA ASTRONOMI - ISTIWA A'ZAM - PELUANG MENYEMAK ARAH KIBLAT


أَلَمْ تَرَ إِلَى رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلا



Tidakkah engkau melihat Tuhanmu? Bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang, dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu.
Al-Qur'an, 025.045 (Al-Furqan, Pembeza)

Istiwa A'zam adalah fenomena matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah. Fenomena ini berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada : 28 Mei (5.16 petang waktu Malaysia) dan 16 Julai (5.28 petang waktu Malaysia).

Apabila matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah, maka secara tidak langsung bayang-bayang objek di tempat lain yang terbentuk juga akan menghadap ke arah Kaabah (kiblat) pada waktu tersebut.

Kita di Malaysia juga berpeluang menyemak arah kiblat tempat kita dengan tepat semasa berlakunya fenomena tersebut.

Kaedah menggunakan bayang matahari pada tarikh dan waktu tersebut adalah kaedah yang paling mudah, tepat, praktikal dan ekonomi. Hanya dirikan tiang yang lurus dengan tegak di tempat lapang yang tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari pada petang tersebut. Tandakan dan gariskan bayang tiang pada waktu yang tersebut. Garisan yang menghadap ke pangkal tiang adalah arah kiblat tempat anda.





Sumber:Al-Azim

10 Jul 2009

Sekolah Terakhir PBS (45/2)

Syukur alhamdulillah,akhirnya selesai juga tugasku mentaksir PBS PI(45/2).Nak habiskan 5 buah sekolah tu bukan main tension lagi....Minggu depan kembali normal.Sebagai kenangan aku sempat snap beberapa keping gambar kat SMKP7 semalam...
Ni gaya pelajar menghafaz..he...he...Mereka adalah sample!!!


Aku amat tertarik bila makan kat kantin sekolah tu,macam makan kat restoren je...meja dan kerusi bukan main cantik beralas.Nasi lemak sotong tu pulak adalah hasil tangan pelajar yang ambil MPV catering.Cantik sungguh hiasannya,sampai tak sampai hati nak makan...he..he..




6 Jul 2009

PBS PMR(45/2)

Habis je kelas tadi jam 11.30am bergegas ke SMKSHK untuk mentaksir PBS PMR(45/2)...letihnya tak sempat rehat,sekolah tu pula jauhnya hampir 24km dari sekolahku.Pening sekejap dengar bacaan 10 orang pelajar yang dijadikan sample!Habis jam 2 lebih dan bergegas kembali ke sekolah...Esok nak poie MRSM serting pula!tak sabar nak habiskan PBS ni.Tinggal 3 buah sekolah lagi yang perlu kulawati....Kerjaku sendiri banyak yang tertangguh gara-gara jadi pentaksir kawasan PBS!Tension!!!!!


3 Jul 2009

Kursus lagi....

Alhamdulillah,akhirnya sampai jugak kat rumah setelah tinggalkan nogori selama 3 hari kerana berkursus di Melaka....tapi pening nak laporkan semula kepada GPK1.Kursus ni sebenarnya untuk GPK1 tapi GPK1 sekolahku tak sihat maka terpaksa le kuganti....Boring gak kursus kali ni kerana tak ada sorang pun yang kukenal dan semuanya dah veteran..he..he...


Dalam perjalanan pulang sempat singgah di Jusco Ayer keroh.Parking kat luar jusco dan lupa beli kupon letak kereta,tak pasal-pasal kena saman RM30!!!uwaaaaaaaa!!!