14 Jul 2009

Semak arah kiblat....

Pada 16 Julai 2009 ni jam 5.28pm marilah kita sama-sama menyemak arah kiblat....

FENOMENA ASTRONOMI - ISTIWA A'ZAM - PELUANG MENYEMAK ARAH KIBLAT


أَلَمْ تَرَ إِلَى رَبِّكَ كَيْفَ مَدَّ الظِّلَّ وَلَوْ شَاءَ لَجَعَلَهُ سَاكِنًا ثُمَّ جَعَلْنَا الشَّمْسَ عَلَيْهِ دَلِيلا



Tidakkah engkau melihat Tuhanmu? Bagaimana Ia menjadikan bayang-bayang itu terbentang, dan jika Ia kehendaki tentulah Ia menjadikannya tetap (tidak bergerak dan tidak berubah)! Kemudian Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan bayang-bayang itu.
Al-Qur'an, 025.045 (Al-Furqan, Pembeza)

Istiwa A'zam adalah fenomena matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah. Fenomena ini berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada : 28 Mei (5.16 petang waktu Malaysia) dan 16 Julai (5.28 petang waktu Malaysia).

Apabila matahari berada betul-betul di atas bangunan Kaabah, maka secara tidak langsung bayang-bayang objek di tempat lain yang terbentuk juga akan menghadap ke arah Kaabah (kiblat) pada waktu tersebut.

Kita di Malaysia juga berpeluang menyemak arah kiblat tempat kita dengan tepat semasa berlakunya fenomena tersebut.

Kaedah menggunakan bayang matahari pada tarikh dan waktu tersebut adalah kaedah yang paling mudah, tepat, praktikal dan ekonomi. Hanya dirikan tiang yang lurus dengan tegak di tempat lapang yang tidak terlindung dari mendapat cahaya matahari pada petang tersebut. Tandakan dan gariskan bayang tiang pada waktu yang tersebut. Garisan yang menghadap ke pangkal tiang adalah arah kiblat tempat anda.





Sumber:Al-Azim

Tiada ulasan: