29 Apr 2009

Sepi seketika......

Minggu ini begitu sibuk sekali,terpaksa curi masa untuk mengemaskini blogku ini...Perkhemahan puteri Islam daerah akan berakhir tengah hari esok dan seterusnya aku terpaksa bergegas ke Rembau untuk program PROKEPT sekolahku pula selama 3 hari 2 malam!

25 Apr 2009

Demam......


Sebenarnya dari semalam lagi tekak dah mula rasa perit,bangun pagi tadi suara dah lain...dah lama tak demam dan tiba-tiba ia datang saat kerja berlambak nak disiapkan.Terpaksa jugak poie sekolah nak siap kerja sebelum pegawai PPD&JPNS datang bertandang 27/4/09 nanti.Sibuk kemaskini fail bidangku.....esok poie lagi sekolah,nampaknya minggu ni aku kerja 7 hari berturut-turut!

23 Apr 2009

Poligami......

Hari sungguh kelakar!nak gelak puas-puas rasanya.Tadi sewaktu masuk tingkatan 5 Bestari aku mengajar bahagian ibadat dan tajuknya ialah poligami.macam-macam soalan pelajar perempuan kemukakan tapi pelajar lelaki senyap je..Yang kelakarnya pelajar perempuan tu bertanya seolah-seolah mereka nak dimadukan!Masing-masing tak nak berpoligami,pelajar lelaki senyum memanjang je..apalagi bila aku suruh siap-siap booking untuk madukan pelajar perempuan dalam kelas tu!he..he....

22 Apr 2009

Sayangnya......

Pagi semalam aku bersiap seperti biasa untuk ke sekolah.Entah kenapa rajin pulak nak bakar sosej pagi-pagi buta tu!Sambil menggosok baju,aku panaskan kuali berklip yang baru kubeli.Kemudian aku meletakkannya diatas alas untuk diisi sosej tersebut,lalu terus ku letak atas api.3 minit kemudian aku masuk semula ke dapur dan kualiku dah jadi rupa macam ni!!!



Rupanya kuali tersebut telah terlekat dengan alas lalu api dengan maraknya telah membakar kuali tu................Sodih,dah le tak dapat makan sosej,kuali pulak jadi camni...

19 Apr 2009

Book Fair 09.....

Semalam pergi PWTC untuk BF. Parking keretaku kat Hentian Putra.
Ramainya orang,bersesak-sesak!sungguh tak selesa...

Aku borong sakan buku cerita,rupa-rupanya aku beli 21 buah buku cerita!patut pun beg duitku rasa ringan semacam je..he..he...

Ini le buku cerita yang kubeli....


Buku untuk jiwa pun ada jugak!


Tak lupa gak beli buku resipi...bila nak masak ni???


Perkara wajib yang mesti buat kalau poie BF tentulah dapatkan signature dan bergambar dengan penulis novel...Ini antara gambar yang sempat dirakam!

Ini gambar dengan penulis Anis Ayuni..



Ni pulak dengan penulis nazurah...


Sempat jugak bergambar ngan aina Emir...


Ini dengan penulis mimie afinie


Akhirnya jumpa gak ngan Lily Haslina......


Jam 3 lebih bertolak pulang...Lenguh segala sendi...Selamat tinggal PWTC,jumpa lagi BF 2010!

17 Apr 2009

Latihan kebakaran....

Hari ni pergi sekolah seperti biasa.Hari isnin nanti Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan akan sampai ke sekolah,banyak kerja tak siap lagi!pagi-pagi lagi guru diingatkan supaya bersedia kerana akan diadakan latihan kebakaran tapi tak tahu pukul berapa.Kelasku jam 9.00am,baru je budak-budak tu pegang pen nak menulis,loceng panjang dah berbunyi!.....Semua terus turun kat padang...

12 Apr 2009

PC Fair KLCC....

Pagi-pagi lagi dah bertolak poie ke KLCC,Sarapan kat Seremban...Ini le fist time bawak kereta sendiri ke KLCC.Mujur le sampai awal jadi nak parking senang je!
Ramainya orang berpusu-pusu nak ke PC Fair...
Macam nak poie ambik barang free je...


Dah lama mengidam handycam ni,akhirnya tahun ni tertunai jua....



Memang rambang mata kat PC Fair kali ni,macam-macam nak beli..mentang-mentang le bawak kereta sendiri...

10 Apr 2009

Mati itu pasti......

Berkali-kali tengok video ni tak pernah jemu...


Ya Allah lindungilah aku dari azab kubur.......

8 Apr 2009

Bulan paling sibuk.....

Bulan April memang time sibuk untuk guru-guru kat sekolahku.Banyak sekali acara@aktiviti yang dibuat sepanjang bulan ni...Sekolah pulak sampai hari sabtu setiap minggu!
11/4/09 nanti ada sekolah ganti,18 april pulak ada kursus LDP untuk semua guru.27 April pulak para pegawai dari JPNS akan turun kat sekolah seramai 11 orang.Pening banyak lagi fail-fail yang belum dikemaskini.
28,29 dan 30 April pulak aku terlibat secara langsung dalam Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Daerah Jempol.
30April,1 dan 2 mei pulak akan berlangsung Kursus Prokept untuk pelajar ting 5 dan 3 di Rembau.
Pening memikirkan tarikh yang sesuai untuk pergi ke Book Fair kat PWTC nanti.PC fair pun nak poie jugak!kerja banyak tak siap ni!!!Tension!tension!

6 Apr 2009

Peliharalah lidah....

Dah lama tak tulis tazkirah kat sini.sama-samalah kita hayati hadis ni..
عن ابي هريرة ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين ما فيها يهوى بها فى النار ابعد ما بين المشرق والمغرب

maksud:Dari Abu Hurairah r.a.katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Seorang hamba(manusia)yang berbicara dengan pembicaraan yang belum jelas baginya(hakikat dan akibatnya),maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat"


jadi,marilah sama-sama kita menjaga tutur kata yang bakal keluar dari mulut kita...kerana mulut badan binasa!