29 Okt 2009

Tak sayang nyawa............


Petang tadi dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Seremban,terserempak dengan peristiwa yang mendebarkan berhampiran dengan Tanjong Ipoh,Kuala Pilah...

Ketika sedang asyik mengekori lori di hadapan,rupanya tanpa disedari ada seorang remaja lelaki sedang duduk bersila di atas garis putih di tengah-tengah jalan raya.Mujur le tak panik,sempat mengelak ke tepi...kalau tak, entah apa akan jadi....Aku tak tahu apa yang terjadi seterusnya
pada remaja tersebut!
mudah-mudahan dia selamat....

Sekadar hiasan....



Makin menjadi-jadi perbuatan membunuh diri di kalangan remaja sekarang.Malah ada pelajar sekolah rendah pun dah pandai membunuh diri gara-gara dilarang bertemu dengan boyfriend!Kepada semua ibu bapa,didiklah anak dengan sebaik-baiknya kerana tanggungjawab tersebut bakal dipersoalkan di akhirat nanti......



27 Okt 2009

Yang ditunggu dah tiba......

Fikiran yang berserabut terus tenang gara-gara terima kiriman dari Jemari Seni tengah hari tadi...Novel yang dipesan minggu lepas dah sampai!Bestnya,terima kasih kakSu kerana berjaya memenuhi permintaan saya untuk mendapatkan autograph penulisnya...


Sebenarnya dah lama rindu nak baca tulisan Ruby Hazri ni.........

Dan ini yang specialnya!......


Tak sabar nak baca ni,namun banyak kerja penting lain yang perlu disiapkan dahulu!

23 Okt 2009

Syukur.........

Baru terima berita dari Cikgu Suraya,Ain anak muridku yang kritikal sebelum ni dah stabil walaupun masih lagi berada di ICU..Alhamdulillah...akhirnya dia dah boleh menulis apa yang dikehendakinya walaupun masih belum boleh bersuara.
Masih terbayang lagi bacaan yasin beramai-ramai khas untuknya yang dilakukan oleh semua warga sekolah pada hari rabu lalu,Syukur pada Ilahi keadaannya bertambah baik selepas itu.Semoga Ain cepat sembuh dan mampu mengambil SPM yang bakal berlangsung pada 16 november nanti!



22 Okt 2009

Novel lagi......

Walaupun banyak kerja yang belum selesai,tapi novel terbaru tetap beli.....ni antaranya....

Bintang-bintang ke syurga karya Xarine,terbitan Jemari Seni...Best je nampak!
tak sempat baca lagi ni...tunggu hari minggu nanti le......


ni pula novel Pelangi,rangkuman 3 penulis iaitu Syud,Hlovate dan Noorsuraya...Best sangat,rugi tak beli...salah satu novel yang patut dimiliki oleh semua pencinta novel..


Sharifah Abu Salem pula salah seorang novelis yang semua hasil karyanya kumiliki...ni adalah karya terbaru beliau"Aku Cinta Dia" terbitan Alaf21


19 Okt 2009

Makan...makan.....

Kali ni kita layan gambar makan-makan sepanjang syawal yang lalu..Malas le nak cerita,kita tengok gambar je le...






18 Okt 2009

Berdebar-debar.......


Ohhhhh.....esok akan terima boss baru,boss perempuan....dah hampir 2 bulan ketiadaan boss.GPK1 dah sms,esok ada meeting jam 2.30!Semoga boss baru ni akan dapat menyenangkan semua orang..InsyaAllah...


13 Okt 2009

"Kami rindukan suaramu....."

Petang tadi telah pergi ke Hospital Kuala Pilah untuk melihat anak muridku yang telah dimasukkan ke ICU...."Siti Norain Elias" anak muridku yang paling baik,bersopan santun dan disukai semua guru akhirnya terlantar tak berdaya...air mataku begitu murah hari ni,melihatnya dikelilingi dengan segala macam wayar membuatkan air mataku mengalir tanpa henti....
Telah puas berubat tetapi doktor masih tidak tahu penyakit yang sebenar......menjadi misteri buat kami semua......
Ain masih sempat mengambil peperiksaan percubaan SPM baru-baru ni namun tak sempat mengetahui keputusannya kerana beliau telah berada di hospital...Walau sakit tetapi masih lulus cemerlang subjekku.Sepanjang ketiadaannya di kelas,kelas menjadi sunyi kerana biasanya beliaulah yang paling banyak bertanya.InsyaAllah semoga Ain kembali bersuara.........


Kami rindukan suaramu...ahhhhhh...air mataku mengalir tanpa henti ketika menulis entry ini.....

11 Okt 2009

حياتي كلها لله

Akhirnya setelah puas mencari,jumpa juga lirik lagu ni....sama-sama le kita hayati sambil mendengar lagunya.......

7 Okt 2009

"Perjuangan telah bermula-PMR 09"

Hari ni bermulalah PMR..Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.Pagi-pagi lagi pelajar dikumpulkan di Dewan Terbuka.Mereka dibekalkan dengan peralatan menulis yang disponsor oleh PIBG...

Para guru sedang mengedarkan alat tulis tersebut!


Semua pelajar juga diambil bacaan suhu badan mereka....paling sibuk tentu sekali SU Pep. dan dibantu oleh guru-guru lain..

Ada gaya macam doktor ni.....

Tak ketinggalan mereka juga dibekalkan dengan topeng muka.....tak nak pakai simpan je dalam poket!

Sape tak dapat lagi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Paling menariknya,siap dibekalkan dengan air milo lagi sepanjang peperiksaan PMR berlangsung...bertuahnya budak-budak zaman sekarang...

Minum......rugi kalau tak habis ni!!!!


Semoga pelajar PMR tahun ini akan dapat menjawab exam dengan baik dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah...InsyaAllah...

5 Okt 2009

"Buku yang bermakna"


Ditengah-tengah kesibukan tugas, aku sempat menghabiskan novel terbaru terbitan Jemari Seni Kemilau Mutiara Raudhah karya Saidatul Safaa.... Bagiku Novel ini sangat menarik,bermakna,bermutu ,bermanfaat serta memberi ilmu kepada para pembacanya...
Berbaloi rasanya duit yang kubelanjakan untuk membeli novel ni......
Untuk semua peminat novel,bacalah dan anda akan rasa kepuasannya!!!!


3 Okt 2009

Bermalam di sekolah.....

Malam tadi tidur kat sekolah,ada bacaan yaasin,solat hajat serta qiamullail untuk pelajar PMR 2009.


Bilikku diubah suai jadi hotel jap!
Paginya pula ada majlis restu ilmu disertai guru,ibu bapa dan pelajar PMR tersebut...

Majlis restu ilmu

Antara guru-guru yang tak dapat menahan sebak...


semgoa PMR tahun ini akan mencatat sejarah buat sekolahku...

tengah harinya pula poie beraya ke rumah terbuka Zarina di Bahau,macam-macam ada....


1 Okt 2009

EMAS(ENGKAU MASIH ADA YANG SAYANG)

Alhamdulillah,akhirnya program EMAS anjuran Unit HEM JPNS selama 4 hari 3 malam berakhir dengan jayanya...mudah-mudahan apabila mereka kembali ke sekolah masing-masing,mereka tidak akan lagi mengulangi kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan.Menjadi fasilitator kepada para pelajar yang bermasalah ni memerlukan kesabaran yang tinggi!Antara LDK yang paling menarik tentu sahaja tentang pengurusan jenazah.


ketika riadah...



Antara slot LDK....


Esok akan mengajar seperti biasa...