25 Ogo 2009

"Merdeka...."

Alhamdulillah akhirnya selesai jua kududuki PTK kali ni..soalan bukan main susah lagi!berasap-asap kepalaku rasanya...InsyaAllah betul semuanya.he..he....
Tak sabar ni nak berkemas untuk balik ke Terengganu esok.Semoga perjalananku nanti dipermudahkan oleh Allah...Amin.....

tak sabar rasanya nak menatap wajah si Farah ni...




19 Ogo 2009

MARHABAN YA..RAMADHAN!!!

TAK SABAR RASANYA MENUNGGU RAMADHAN TAHUN NI.SEMOGA AKU MAMPU MEREBUT PELUANG INI SEKALI LAGI.....





18 Ogo 2009

Topeng..topeng......

"tak selesa"
"Ngajar nanti budak dengar tak?"
"ehhh....rasa lemas le"
Itu adalah antara rungutan yang kedengaran tadi dalam bilik guru bila semua guru dibekalkan dengan mask ni...
Sekarang ni trial SPM sedang bermula dan makin ramai pelajar dalam dewan tu yang batuk-batuk,so topeng muka ni diberi sebagai perlindungan untuk semua guru!siap bergaya lagi ngan topeng baru ni...he..he...


16 Ogo 2009

"Terharunya"........

Pagi ni adalah "pagi dalam sejarah" sebab pertama kalinya kelas tambahan untuk pelajar ting 5Bku bermula jam 7am!Sejak 6.30 lagi sms masuk ke handphoneku..."Ustazah,jadi ke kelas kita jam 7am?".Aku balas dengan perkataan paling ringkas."Ya!".
Sebenarnya tu adalah hukuman untuk diorang kerana selalu datang lambat ke kelasku yang kubuat jam 8.00am,jadi aku awalkan ke jam 7.00am!
Habis kelas jam 9.00am,diorang pakat ramai-ramai keluar kelas,aku ingatkan apa.Rupanya diorang bawak kek untuk meraikan harijadiku dan siap nyanyi lagi!Pandainya diorang buat surprise!2 biji kek disediakan dan ini khas untukku bawak balik...


Syukran jazilan untuk pelajar 5B,anda semua telah berjaya membuatku terharu pagi-pagi ahad ni....



15 Ogo 2009

"Selamat Berpisah"......

Semalam telah berlangsung majlis persaraan bossku..Hj Mohd Som bin Abd Hamid.Majlis yang telah telah dirancang berbulan yang lalu akhirnya telah selesai dengan jayanya!Tahniah buat semua guru yang telah bertungkus lumus menjayakannya...
Paling menyentuh hatiku ialah ketika nyanyian koir.....Sodih!!!





12 Ogo 2009

Lotihnya!!!!!!

Hari ni masuk tingkatan 4A dengan penuh bersemangat,diorang dah bersedia di surau!ada amali tajuk haji.

ni masa diorang tawaf....ada ke tawaf sambil gelak-gelak,siap tanya lagi.."Ustazah!sah tak kalau gelak masa tawaf".sabar je le.....

Tengahari pula berlangsung majlis perasmian pemeran grafik berkomputer di Bilik grafik.Sangat menarik persembahan mereka!


Waktu kokurikulum,jam 2pm hingga 4pm diadakan rehearsal penuh persaraan tuan pengetua yang bakal berlangsung jumaat ni 14/8/09...Ni gambar masa rehearsal...



jam 4 lebih pulak poie ke makmal sains baru sebab ada jamuan sempena pembukaan makmal baru...


hampir jam 5pm baru selesai semuanya!letih........



8 Ogo 2009

Pesta Flora 09-Putrajaya.......

Dah lama rasanya tak keluar gara-gara H1N1 ni.....Tawakkal sahaja poie Pesta Flora kat Putrajaya hari ni,Semoga dilindingi Ilahi...

Singgah di Ampangan terlebih dahulu mencari hadiah persaraan Pengetua pada 14/08/09 nanti.Masuk kedai kayu jati..poning nak cari hadiah yang sesuai dengan budget!Sempat bergambar lagi dalam kedai tu..


Akhirnya jam 2pm,sampai jua kat tapak pameran tersebut..Ohhhhhhh....cantiknya!!!tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.Hanya gambar yang boleh menceritakan segalanya!!


Geramnya tengok bunga-bunga yang cantik ni...


Bunga lagi.....

ohhh....cantiknya bunga!!!!!


Rasanya tak nak balik.....geramnya bila lihat bunga-bunga yang indah ni!!!


Tensionnya masa balik,kat lebuhraya pun jam...rupanya ada kemalangan!




7 Ogo 2009

Teknik menjawab SPM Pendidikan Islam....

Syukur pada Ilahi,akhirnya Teknik Menjawab SPM PI selesai dengan jayanya!Terima kasih tidak terhingga buat Ustazah Badriah dari SMK Tunku Ampuan Durah yang telah memberi input-input berguna buat pelajar SPM 09.Ini adalah gambar yang sempat dirakam tadi...



Sebelum beredar,beliau sempat memberi padaku nota-nota penting PI PMR dan SPM..Syukran!!!!!!!

6 Ogo 2009

Tahanan reman.......

Hari ni bilikku dijadikan penjara sementara untuk dua orang pelajar yang memang pemalas nak buat kerja sekolah.haaa...Ini le tahananku hari ni.Mereka sedang khusyuk menyiapkan kerja geografi!sampai waktu balik mereka berada dibilikku...Esok mereka kena tunjukkan kerja tersebut padaku!





Guru geografi mereka dah tak tahu nak buat apa dengan mereka berdua ni,lantas menyerahkan mereka berdua kepadaku!Pelajar dari kelas ting 2 yang paling pandai tetapi perangai mereka seperti pelajar kelas yang paling akhir!Kenapa ramai pelajar sekarang amat malas melakukan kerja sekolah???
Mudah-mudahan selepas ni mereka akan rajin melakukan kerja yang disuruh oleh guru.Aminnnnnn.......................

5 Ogo 2009

Nisfu Sya'ban......

Esok merupakan nisfu syaaban 1430 hijrah,bermakna hanya tinggal 15 hari umat Islam akan menyambut ramadhan al mubarak.....


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang kita boleh lakukan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

2. Berpuasa pada siangnya