28 Jun 2009

Novel baru lagi....

Hari ni hanya habiskan masa dirumah saja.Nak rehat puas-puas!!!...Lepas solat asar,bergegas ke kedai buku untuk cari novel terbaru..Bila surf internet,rambang mata je tengok novel baru.Hajat hati nak beli sebuah aje tapi akhirnya 4 buah yang kubawa pulang....
ini le bukunya....
Jawapan yang pasti terbitan alaf 21...

Ni pula novel Dame Zoete Sarah karya Khairyn Othman...dah lama tunggu karya terbaru beliau!

Ini pula dari penulis yang sering tampil dengan karya yang bermutu. Aku minat kat Samsiah Mohd Nor sejak baca buku Tangisan Bulan Madu,Ini le hasil karya terbarunya..


Akhir sekali novel Cuma Dia karya Norzailina Nordin...

Nak baca yang mana dulu ni?????

27 Jun 2009

HARI KOPERASI SMKSJ 2009

Hari ni poie sekolah seperti biasa,ganti cuti raya nanti!tapi tak mengajar kerana diadakan sambutan hari koperasi SMKSJ 2009.Banyak aktiviti yang dijalankan..Banyak juga gambar yang sempat kuambil...
Ini antara pelajar yang hadir tadi,hampir separuh ponteng sekolah!!!

Ini pula gambar semasa majlis perasmian

Aksi pelajar di gerai masing-masing...



Para guru pun nak glamour juga...

Gaya pelajar ketika pertandingan karaoke...

25 Jun 2009

Cenderamata yang bermakna......

Tadi lepas maghrib,baca Al-ma'thurat....yang specialnya ia adalah cenderamata khas dari hlovate bagi sesiapa yang beli bukunya di Book Fair yang lalu..
beli buku ni...

Dapat ni.....

22 Jun 2009

Yang lalu,biarlah berlalu....

Peringatan untuk diriku dan yang membaca blogku ini...

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang,kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila.Itu sama ertinya dengan membunuh semangat,membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya


Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali.Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu


Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tidak ubahnya seperti orang yang menggiling tepung,padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya

Petikan dari buku La Tahzan......

15 Jun 2009

Rumah baru.....

Akhirnya setelah bertungkus lumus selama empat jam,siap juga rumah baruku ini....Kertas pelajar belum siap tanda lagi!!!!

9 Jun 2009

Sudah jatuh ditimpa tangga.....

Nampaknya ada sahaja musibah yang menimpa diriku akhir-akhir ini...Mungkin ni peringatan dari Ilahi.....
Sebelum ni laptopku rosak dek petir dan terpaksa beli yang baru kerana banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan segera.Bila balik kampung, aku suruh adikku hantar laptop lamaku ke Pusat service Acer dan kena bayar RM800.
Tiba-tiba pula handphoneku meragam dan hampir 3 hari tak berfungsi...nak suruh beli yang baru lagi ke????Sayangnya baru setahun guna!!!
Petang tadi pula ketika tiba berhampiran lampu isyarat di bandar jertih,keretaku dirempuh dari balakang,mujur le aku pakai tali pinggang keledar...Nak turun,kereta bersusun-susun,orang yang langgar keretaku tu tak minta maaf pun apalagi nak bayar apa-apa...aku ingatkan sikit je yang kena.Bila balik rumah,tengok rupanya bumper belakang kembaraku rosak teruk!!!tension.....
Lusa dah nak kembali ke Negeri Sembilan.Nampaknya tak sempat baiki di Terengganu.
Adiku boleh cakap"jangan marah kat orang yang langgar tu,kalau duit tak habis kat kereta,duitku akan habis kat tempat lain jugak"...uwaaaaaaa!!!!

4 Jun 2009

Eh..eh...dah runtuh!!!

Sehari dua ni tak ada le berita paling hangat kat Terengganu ni melainkan berita bumbung stadium Sultan Mizan tu runtuh...Aku memang lalu berhampiran stadium tu bila pulang ke kampung tetapi belum lagi berkesempatan meninjau stadium tu dari dekat....
ada cikgu sekolahku yang buat lawatan tahun lepas ke Kuala Terengganu telah melawat stadium tersebut,tapi aku rakyat terengganu sendiri pun belum lagi lihat dari dekat stadium tu,alih-alih bumbungnya dah runtuh semalam!!

kakak-kakakku yang pergi kenduri di Kuala Terengganu tengah hari tadi pun sempat buat lawatan sambil belajar kat stadium tersebut...he..he...
SPRM sila le buat siasatan dengan segera..

Sebelum...


selepas....

2 Jun 2009

Makan lagi.....

Petang tadi,makan laksa dan laksam yang dibuat oleh emakku dan kakakku,Min....
Esok Min nak buat nasi kerabu pula.Bestnya balik kampung,order je nak makan apa..pasti ada orang yang akan buat..he..he....

Ini le makanan petang tadi....


Setiap kali balik kampung memang berat badan akan bertambah...nampaknya balik Nogori nanti kena diet gila-gila ni!!