31 Jan 2009

Ingat Allah.....

Pagi tadi terlihat di kaca tv3,tazkirah tentang bala bencana dan musibah serta cara kita menghadapinya.Memang benar kata Ustaz tu..


"Ramai antara kita yang tidak ingat Allah ketika bersama Allah apatah lagi ketika bersama makhluk"


Ketika menunaikan solat pun kita boleh lalai mengingati Allah apatah lagi di luar solat...

28 Jan 2009

Cuti Tahun Baru Cina....

Cuti tahun baru cina kali ini dihabiskan dengan melayan keluarga yang datang dari Terengganu dan baca novel baru karya Norhayati Berahim-Chinta.

Best jugak cerita Norhayati Berahim kali ni....

23 Jan 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH...

Pagi tadi telah berlangsung di sekolahku Kejohanan Larian Merentas Desa Daerah Jempol Barat.Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Jam 7.30am aku telah berada di meja Urus Setia.Sebanyak 13 buah sekolah mengambil bahagian.
Inilah antara gambar yang sempat kuambil sepanjang acara berlangsung



Ada juga yang cedera..


Saja tayang muka setelah kerja hampir selesai....


Minggu depan,sekolahku menjadi tuan rumah bola jaring peringkat daerah pulak..kerja tak pernah habis!!!!

20 Jan 2009

LATIHAN SUKAN...

Waktu sekolah hari ni berakhir jam 2.40pm,Jam 3pm pulak sambung dengan mesyuarat bidangku yang dah lama tertangguh.Akhirnya seramai 8 orang ketua Panitia di bawahku dapat hadir dalam mesyuarat kali ni.Telepas satu beban.....Lepas meeting turun pulak kat padang tengok budak-budak rumah WIRA berlatih untuk sukan sekolah..Penatnya..Jam 5 lebih baru balik...
Inilah antara aksi-aksi pelajar rumah WIRA 2009

17 Jan 2009

Kenduri kahwin.....

Tengah hari tadi poie kenduri kahwin adik Pn Faridah,GPK sekolahku.Rumahnya terletak kat tepi sawah,nyamannya udara!Tapi yang tak sedapnya,bila nak balik kereta kena block,terpaksa menunggu hampir 40 minit.he..he...dugaan....

Mengundi......

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA PENDUDUK KUALA TERENGGANU!!!!

Buat kak g,tahniah sanggup balik dari Negeri Sembilan untuk mengundi.Kam dan As jangan lupa poie mengundi tu....

11 Jan 2009

Novel terbaru....

Semalam beli lagi novel walaupun sebenarnya bulan ni budget untuk buku dah habis!
Jumpa jugak buku Rozita Abd Wahab.Dah 2 minggu cari... dan satu lagi buku Liza Zahira.Semasa tolong kawan bawak keretanya pergi sevice kat Perodua Tampin,masa menunggu tu terbaca majalah Nur dan ada di dalamnya cerita "Kau Tetap Di hati".Terus tertarik dengan jalan ceritanya...

7 Jan 2009

Boikot barangan Israel.....

Tengok akhbar hari ni terkedu dengan gambar dibawah..

ANGGOTA penyelamat memeriksa keadaan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui tertimbus dalam runtuhan rumahnya selepas serangan tentera Yahudi ke atas rumah ahli Hamas di Zeitun, semalam.

Jadi sama-sama le kita menunjukkan sedikit keprihatinan kita terhadap nasib rakyat palestin dengan memboikot barangan berikut

6 Jan 2009

Kerja dah bermula.....

Hari ni baru hari kedua persekolahan,kerja dah bertimbun-timbun...Pukul 6.50 dah sampai kat sekolah.Habis waktu belajar,Semua pelajar menghadiri mesyuarat Agung Rumah Sukan dan unit Beruniform.jadi hari ni semuanya balik jam 4 petang.letih....
Ini antara ahli rumah Wira 2009

Ini pula AJK rumah Wira 2009

Untuk semua sama-sama lah kita berpuasa sunat esok sempena 10 muharram!

5 Jan 2009

Dah Poie Sekolah.....

Kembali lagi ke SMKSJ...Bertemu lagi dengan para pelajar yang kusayangi terutamanya murid ting 5B ku itu.
Sebahagian pelajar tingkatan 5B

Tahun ni nampaknya tugas semakin bertambah,terpaksa mengajar ting 1,2,4,dan 5.Sekolahku kekurangan 18 orang guru!Hairan kalau kat Kelantan dan Terengganu tak ada pulak kekurangan guru tapi kat Negeri Sembilan ni amat kritikal.Daerah Jempol sahaja kekurangan 200 orang guru.Terpaksa menggunakan khidmat guru sandaran tidak terlatih.Jadi kepada lepasan siswazah,datang le sini,banyak kerja kosong menanti....

3 Jan 2009

novel lagi...

1 januari09 lalu poie jusco Seremban ngan kak Mimi,tak sah kalau tak masuk popular...beli novel lagi.

Seteguh cinta ni karya Durrah Fatiha.Ceritanya boleh tahan.Tak rugi beli!hanya RM19.90 je...
Sebelum balik,masuk kat Secret Recipe pekena cappuccino dan grill Black pepper Chicken
ini le cappuccino yang sodap tu.....

1 Jan 2009

Meeting,meeting dan meeting.....

Sesi persekolahan 2009 ni dimulakan dengan bermacam-macam meeting.Antara meeting yang perlu kuhadiri ialah:
*Meeting pengurusan-26/12/08
*meeting guru -30/12/08
*meeting kurikulum dan Hem-31/12/08
*meeting kokurikulum-2/1/09


Semoga tahun 2009 ni pencapaian sekolahku lebih meningkat terutamanya matapelajaran di bawah bidangku iaitu PI,SJ,GEOG,dan PSV.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dengan penuh amanah,ikhlas dan dedikasi....
Untuk semua yang bergelar guru..."Selamat mengajar kembali...."