28 Nov 2008

Hujan....

Akhirnya dapat juga melayari internet bila dah ada broadband ni.Dah 5 hari di kampung tapi hujan masih belum berhenti.Walaupun tak ada banjir kat sini tapi semua aktiviti terbantut.

Air ada di mana-mana........


Janji dengan Asmurni nak poie melawatnya setelah hampir bertahun-tahun tak berjumpa..Sesekali balik kampung masih belum berkesempatan untuk bertemu.InsyaAllah cuti panjang kali ni kita akan berjumpa.

22 Nov 2008

Yoga haram...

PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam daripada melakukan senaman yoga secara sistematik kerana boleh memesongkan akidah.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga yang sistematik mengandungi tiga perkara iaitu amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam menjauhi dan menghentikan amalan itu kerana tujuan dan matlamat untuk mendapatkan ketenangan serta kemuncaknya konon memperoleh penyatuan diri dengan tuhan boleh merosakkan akidah muslim.



Untuk semua umat Islam,kembalilah pada amalan islam yang sebenarnya.SOLAT DAN ZIKIR ITU ADALAH AMALAN TERBAIK.....

Yati's Wedding....

Hari ni adalah hari perkahwinan yati,cikgu kat sekolahku..Kami konvoi 5 buah kereta takut sesat.Alhamdulillah akhirnya selamat tiba.Rupanya si Hirin yang jadi pengapit,he..he...langsung berubah rupa!Masing-masing berebut nak bergambar ngan pengantin,mengalahkan budak tadika pulak!!Ini antara gambar yang sempat dirakam...

Aziah ngapa tidur,he..he...


Kak Su & Yati...


Aishah&Yati...

Bergambar bersama pengantin...


Fiza,aziah & Yati...


den & Yati....


Terima kasih atas cenderahati yang diberi..



Untuk Yati,Selamat pengantin baru..Moga menjadi isteri solehah,jua sentiasa diredhai Ilahi dan berbahagia sehingga ke akhir hayat....

21 Nov 2008

pagi tadi poie meeting.Start kul 8.30am sampai kul 12pm.Berasap gak kepala dongar macam-macam..26/12/08 nanti akan diadakan lagi meeting pengurusan.Tak sabar untuk pulang ke Terengganu ahad ni....Anak buahku si Firdaus dan si Faris pun hari-hari asyik telefon tanya bila nak balik..Tunggu!!!

20 Nov 2008

Jenis-jenis syaitan...

Lindungilah diriku daripada syaitan laknatullah......

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

19 Nov 2008

Paper Pendidikan Islam 1223/1 dan1223/2

Hari ni akhirnya murid spm ku menghadapi paperku PI.Tak tahu macam mana diorang jawab.Soalan kertas 1 pulak agak susah berbanding tahun lepas.Ntah mereka masih ingat atau tak apa yang dah kuajar.Takutnya nak tgk result bulan mac 09 nanti,takut peratus turun...tak larat nak jawab ngan bos.Seorang pelajarku tak datang,ade ke dia poie KL time exam!Sakitnya hati!!!

Ini adalah sebahagian pelajar SPM 08




Petang tadi juga poie service kereta sebagai persediaan untuk balik kampung hari ahad nanti..InsyaAllah sampai kat terengganu nanti ngan selamat!

17 Nov 2008

renungan sejenak...

Hayati le kisah di bawah,Semoga memberi peringatan untuk kita semua...


Mayat disiksa


Pernah berlaku di zaman Khalifah Abu Bakar As-Sidiq terhadap seorang sahabat yang meninggal dunia. Setelah dimandi dan dikafankan, lalu diletakkan di satu sudut rumah untuk disolatkan. Semasa solat hendak dimulakan, tiba-tiba mayat itu bergerak-gerak. Tampillah seorang daripada mereka untuk menghuraikan ikatan kafan kerana menyangka mayat itu masih hidup. Tatkala kafan itu terbuka, alangkah terperanjatnya mereka kerana mayat itu dililit dan digigit oleh seekor ular.


Lalu mereka mengambil kayu untuk memukul ular tersebut. Sekali lagi mereka terkejut kerana ular itu mengucap dua kalimah syahadat serta berkata : "Apakah sebabnya kamu hendak membunuhku. Aku tidak bersalah dan tidak pula menyakiti kamu. Aku hanya menjalankan perintah Allah menyiksa mayat ini sehingga Hari Akhirat". Para hadirin bertanya : "Apakah yang menyebabkan mayat ini disiksa?" Ular tersebut menjawab : "Mayat ini selama hidupnya telah melakukan tiga kesalahan iaitu,

Pertama : Ia mendengar azan tetapi tidak diindahkan malah tidak pula mengerjakan solat.

Kedua : Ia tidak mengeluarkan zakat hartanya.

Ketiga : Ia tidak mahu mendengar nasihat yang baik-baik dari para alim ulama'.

Itulah yang menyebabkannya disiksa sedemikian rupa."

16 Nov 2008

Rindu....

Macam-macam aku rasa hari ni,tak sabar pulak nak balik kg..hari ni jugak aku buat keputusan untuk terus tinggal kat rumah ni.Malas nak angkat barang.
Esok akan poie sekolah selesaikan segala kerja,mungkin lusa terus balik kut...Aku mungkin akan minta untuk bertugas minggu terakhir cuti persekolahan nanti.Baru dua hari cuti tapi aku dah tak tahan tinggal kat sini...Tak sabar nak makan makanan kegemaranku,laksam,ketupat sotong dll.



Sedapnya!!!


Tak sabar nak rasa ni!!!


Bila balik kg,tak dapat le nak update blog lagi..nampaknya kena tukar ni dari streamyx kepada broadband.

15 Nov 2008

Bukti kebesaran Allah..

Hari ni adalah hari pertama cuti,tak buat ape pun..cuma surf internet je dan tiba-tiba terjumpa cerita ni...

Batu Terapung di Udara (Israk dan Mikraj)



Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.
Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AL AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).
Foto ini dari dirakam oleh seseorang sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.
Sampai sekarang masjid “dome of rock” ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke seluruh dunia dimana2) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru".
Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.

14 Nov 2008

Cuti...

Akhirnya tiba jua hari yang dinanti-nantikan.Hari ni adalah hari terakhir persekolahan untuk tahun 2008.Rasanya amat cepat masa berlalu,sekejap saje dah habis hari sekolah untuk tahun ni.Masih belum boleh balik kampung kerana bertugas kat sekolah dan ada beberapa kerja yang perlu diselesaikan lagi.Nak balik Terengganu bila?belum pasti lagi...Rindu nak bermain-main dengan anak buah kesayangan si farah tu..

Semalam beri tazkirah untuk budak-budak perempuan ting 1,2,3, dan 4. tentang pertanyaan imam al-Ghazali kepada anak muridnya.

6 Pertanyaan Imam Ghazali kepada muridnya...
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

185. Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab : " negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
179. Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.


KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab : " Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab : " Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab : ' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

12 Nov 2008

Jamuan akhir tahun Kelab Staff SMKSJ

Malam ni diadakan jamuan akhir tahun kelab staff SMKSJ kat Dewan Terbuka.Kelam kabut sikit,hujan pulak bukan main lebat lagi.Semua guru sibuk siapkan kerja masing-masing sampai sampai buat jamuan pun tak ade perancangan yang teliti,akibatnya tak ada orang yang sediakan P.A system.apa pun akhirnya kenyang jugak walaupun makanan takde le sodap sangat....

11 Nov 2008

SPM bermula....

Tiba le hari yang dinanti-nantikan oleh semua murid ting 5.Hari ni mereka ambil exam paper BM dan Sejarah.Seramai hampir 20 orang guru tiada kat sekolah,ada yang jadi pengawas SPM,poei mesyuarat Pemeriksa kertas PMR,ada yang ikut rombongan sekolah kat Melaka dan ada yang cuti.Rancangan ad-hoc terpaksa dibuat.Semua murid ting 1,2,3 dan 4 semuanya berada di Padang sekolah terlibat dengan bolasepak dan bolajaring.Semua guru pun kena berada di padang...Letih kena pastikan mereka tidak merayau-rayau dan membuat bising semasa SPM berjalan!

lebih kurang kul 12 pulak,guru-guru kelas ting 1 dan 2 buat streaming Class.Berasap-rasap kepala mereka semua nak susun ikut elektif KH.hampir kul 2.30 baru selesai..nasib le jadi form teacher mereka semua tu.Ini antara gambar merekayang sempat dirakam.

10 Nov 2008

Hari-hari terakhir persekolahan...

Hari ni ke sekolah seperti biasa.Esok anak-anak muridku ting 5 akan menghadapi SPM.Takut rasanya,macam mana le kertas PI ku nanti.Dapat jawab ke tidak..Aku pulak yang berdebar.
Tadi makan kek lapis dari Sarawak yang diberi oleh GPK koko yang baru pulang dari sana.Sodap!macam-macam colour ada.


Pelajar ting 1,2,dan 4 hari ni ada program menandatangani Rekod Kemajuan.Namun tak ramai ibu bapa yang hadir.Ramai Ibu bapa zaman sekarang dah tak berminat nak ambik tahu pasal pelajaran anak-anak mereka.Macam mana anak-anak nak berjaya??
Inilah antara gelagat ibu bapa dan pelajar tadi.


tadi jugak buku Panggil Aku Dahlia karya NOORSURAYA sampai.Ada autograph Kak Su lagi..Tak sabar nak baca ni!!

8 Nov 2008

shopping...

Hari ni lepaskan segala kesedihan tak dapat tukar dengan shopping.Keluar rumah jam 8.30 pagi dan balik jam 6.00petang.Melayang gak beberapa ratus ringgit.Betul le kalau sodih poie le shopping,pasti hilang segala kesedihan tu!!!hampir 2 minggu asyik kursus je,baru minggu ni lekat kat rumah..Sekolah pun hanya tinggal seminggu lagi.Tak sabar nak balik kampung...
Ini adalah antara bekalan untuk warga kampung nanti..he..he..

7 Nov 2008

MAJLIS RESTU ILMU

Hari ini diadakan majlis restu ilmu untuk pelajar tingkatan 5.Tidak ramai pelajar yang membawa ibu bapa mereka ke sekolah hari ini.Dalam majlis inilah para pelajar meminta izin ilmu daripada para guru yang telah mengajar mereka selama ini.Paling menyentuh hatiku ialah Hairil Isma dari ting.5A,beria-ria menangis di hadapanku dan teresak-esak...
Berikut adalah antara gambaran majlis tersebut.





Semoga SPM minggu hadapan ditempuhi dengan jaya oleh pelajar ting 5 tahun ini...InsyaAllah.

6 Nov 2008

Sibuk.....

Hari ni para guru kat sekolahku bukan main sibuk.Antara kesibukan mereka ialah....
i-Sibuk makan,ha..ha...ramai guru yang sponsor makanan hari ni.ada nasi lemak,nasi goreng dll.Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki..
ii-Sibuk mengemaskan meja masing-masing,sekolah hanya tinggal 6 hari lagi...
iii-Sibuk settlekan yuran pelajar masing-masing.Sebelum cuti pelajar mesti langsaikan hutang yuran untuk mendapat buku teks tahun hadapan.
iv-Sibuk siapkan dan kemaskini segala fail
v-Sibuk?...buat-buat sibuk pun ada...
Ini adalah antara gambar yang dapat menerangkan tentang kesibukan mereka...

5 Nov 2008

PUAS HATI.....

Akhirnya berjaya jugak buat slide show kat blog ku ini

Pindah...

Hari jumaat ni adalah hari yang paling kutunggu-tunggu.Permohonan pertukaran ku akan diketahui pada hari tersebut.Mudah-mudahan InsyaAllah permohonan ku kali ini akan berjaya.Tapi sebenarnya,aku rasa berat hati untuk meninggalkan tanah nogori ni.Hampir 11 tahun lebih berada di sini.masak lemak cili api rasanya dah sebati dengan seleraku.namun aku aku akur,aku hanya perantau di sini..yang pasti tanah Terangganu selalu memanggil-manggil ku untuk pulang!!!

PANTAI BUKIT KELUANG,BESUT,TERENGGANU
Aku sebenarnya merindui desiran angin laut,teringin lagi lepak-lepak di Pantai Bukit Keluang yang pasirnya belum tercemar.Biarpun harapan untuk ku bertukar tipis,namun aku masih lagi berharap,berharap dan berharap..................

Selesai akhirnya..............

Jam 1.15 am akhirnya kertas jawapan pelajar tingkatan 4b selesai jua kutanda.Lega rasanya.esok aku ingin berehat sepuas-puasnya...Bukak blog penulis kegemaran dan melayari internet sepuasnya!!!!

Kan bagus kalau boleh bersukaria macam spongebob kat atas tu!!

2 Nov 2008

relax jap

Untuk orang yang tengah tension macam aku,dengarlah lagu ni jap...

Rossa - Ayat Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
reff:
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
repeat reff
ketika ku bersujud

1 Nov 2008

TEMAN LAMA

Hari ni menghadiri majlis kak Jun yang bakal berangkat ke tanah Suci Makkah al Mukarramah.Tahniah dan selamat menjadi tetamu Allah.
Sambil menanda kertas pelajar,tiba-tiba teringat pada teman lama.Hampir 16 tahun tidak bertemu.Kak Nor di mana dikau sekarang?Bila menatap gambar ini teringat kenangan lama semasa di KUSZA.

Mungkinkah kita bertemu kembali?