31 Okt 2008

MAKAN LAGI..........

Hari ni lain rasanya,dah hampir 2 minggu tinggalkan sekolah lantaran terpaksa hadiri pelbagai kursus.Banyak kelas yang adakan jamuan akhir tahun.Antaranya tingkatan 2B dan 5C yang jemputan mereka kupenuhi.Di sini pelbagai gelagat dapat dilihat.Antaranya..



Hari ni juga ramai guru bertungkus lumus menanda kertas jawapan akhir tahun pelajar.
Masing-masing dah tak pandang depan belakang,boss lalu pun tak nampak tu!!!

Selamat menanda semua dan semoga kita dapat siapkan dengan segera....

30 Okt 2008

pulang

Syukur alhamdulillah,akhirnya selamat sampai semula ke rumah setelah 3 hari berkampung di Empress Hotel,Sepang.Kursus paling santai rasanya,sempat jua shopping di Giant dan Nilai Square.

Perjalanan pulang tadi sungguh meletihkan.tersadai hampir 40 minit gara-gara ada kemalangan.Ngeri,tak sanggup nak tengok.Jam teruk..lepas tu ada pulak kereta yang mencelah masuk.tu yang paling sakit hati...sabar...

Mengantuk sungguh semasa memandu tadi,menguap je sepanjang perjalanan.Untuk Ayu,ni ada tazkirah tentang menguap...baca ye...

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

27 Okt 2008

Exam...........

Buat anak muridku pelajar ting.5A dan 5F,Selamat menempuh exam SPM.Semoga dapat kejayaaan yang cemerlang yang bakal mengubah dan menentukan masa depan kalian.Kertas ting 1 dan 4 masih belum siap ditanda.Tension kena pulak kursus lagi,bila nak siap ni????

Buat ayu,ini kenang-kenangan untuk tatapanmu kerana blog ni akan sepi dari entry baru sepanjang minggu depan.


10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat
Bagaimana memudahkannya?


LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula qadha' (solat & puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNKAR NAKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

26 Okt 2008

Gambaran manusia di Padang Mahsyar

Ini adalah gambaran manusia di Padang Mahsyar nanti.semoga menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua.
BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia
BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah
BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina
MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim
KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya
GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

24 Okt 2008




Buat ayu and the gang yang tak menghadiri hari keluarga di Glory Beach Resort,PD... ini antara kenangan yang sempat dirakamkan kat sana..jgn jealous dah le....he...he...

Kursus dan kursus lagi....











Akhirnya selesai juga kursus selama 5 hari kat IAB Genting.Mulanya was-was nak naik bukit kat genting tu tapi alhamdulillah sampai jugak kat sana.Berjumpa dengan rakan baru seluruh Malyasia,satu pengalaman indah...Habis Kelas poie pulak naik kat Puncak Genting dengan skyways.Pengalaman di dalam skyways selama 15 minit yang menakutkan tapi sampai jugak akhirnya.Buat teman-teman sekursus inilah antara gambar kenangan yang sempat diambil.
Balik dari Genting terus ke sekolah untuk ambil kertas jawapan peperiksaan pelajar tapi rupanya minggu dengan kena pergi kursus lagi..hu...hu...hu...Kali ini kat Empress Hotel kat Sepang pulak ganti GPK1.

15 Okt 2008

Open house







Syukur pada Ilahi,akhirnya hajat nak mengadakan open house terlaksana jua.Maaf pada teman-teman yang tak sempat nak jemput.semuanya buat perancangan dalam masa sehari aje..Terima kasih pada Fiza,Aziah,Noni, dan lain-lain yang sudi membantu menjadi AJK penyambut tetamu,AJK rakaman dan AJK kemas mengemas...ha...ha.....macam buat program kat sekolah je..Terima kasih bebanyak.Ada rezeki boleh buat lagi.

14 Okt 2008

Sakit...







Sedih rasanya bila dapat berita anak buah kesayanganku demam.Dah hampir dua minggu tapi tak sembuh lagi.Moga farah kembali ceria dan membahagiakan semua orang.

10 Okt 2008

Solat Hajat dan bacaan Yasin
















Letihnya,akhirnya selesai jua majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk pelajar SPM dan PMR 2008.Semua rakan guru dan para pelajar telah bertungkus lumus mengendalikan majlis tersebut.Seekor lembu telah tumbang dan pelbagai juadah lain disediakan.












8 Okt 2008

Jamuan Raya




Syukur pada Ilahi,azamku untuk menunaikan solat terawih sepenuhnya di masjid telah terlaksana. Ramadhan yang baru berlalu ini di harap lebih baik bagiku daripada ramadhan sebelumnya dan harapanku agar aku bisa lagi menyambut Ramadhan berikutnya agar aku menjadi insan yang lebih baik lagi....

Inilah suasana raya di kampungku tahun ini.Walaupun cuti hanya seminggu tapi rasanya bagai hanya sehari berada di kampung