Petang tadi telah pergi ke Hospital Kuala Pilah untuk melihat anak muridku yang telah dimasukkan ke ICU...."Siti Norain Elias" anak muridku yang paling baik,bersopan santun dan disukai semua guru akhirnya terlantar tak berdaya...air mataku begitu murah hari ni,melihatnya dikelilingi dengan segala macam wayar membuatkan air mataku mengalir tanpa henti....
Telah puas berubat tetapi doktor masih tidak tahu penyakit yang sebenar......menjadi misteri buat kami semua......
Ain masih sempat mengambil peperiksaan percubaan SPM baru-baru ni namun tak sempat mengetahui keputusannya kerana beliau telah berada di hospital...Walau sakit tetapi masih lulus cemerlang subjekku.Sepanjang ketiadaannya di kelas,kelas menjadi sunyi kerana biasanya beliaulah yang paling banyak bertanya.InsyaAllah semoga Ain kembali bersuara.........
Kami rindukan suaramu...ahhhhhh...air mataku mengalir tanpa henti ketika menulis entry ini.....
4 ulasan:
sedihnya, air mata saya juga mengalir ingatkan dia.semoga ain cepat sembuh...
sama-sama kita berdoa semoga ain cepat sembuh!
die masih ade di wad berape dikuala pilah ke? saye nk details ustazah..nak menziarah..
syakinah....,
ain masih di wad ICU,Hospital Kuala Pilah,tingkat satu hujung sekali,poie le.....
Catat Ulasan