29 Okt 2009

Tak sayang nyawa............


Petang tadi dalam perjalanan pulang dari mesyuarat di Seremban,terserempak dengan peristiwa yang mendebarkan berhampiran dengan Tanjong Ipoh,Kuala Pilah...

Ketika sedang asyik mengekori lori di hadapan,rupanya tanpa disedari ada seorang remaja lelaki sedang duduk bersila di atas garis putih di tengah-tengah jalan raya.Mujur le tak panik,sempat mengelak ke tepi...kalau tak, entah apa akan jadi....Aku tak tahu apa yang terjadi seterusnya
pada remaja tersebut!
mudah-mudahan dia selamat....

Sekadar hiasan....



Makin menjadi-jadi perbuatan membunuh diri di kalangan remaja sekarang.Malah ada pelajar sekolah rendah pun dah pandai membunuh diri gara-gara dilarang bertemu dengan boyfriend!Kepada semua ibu bapa,didiklah anak dengan sebaik-baiknya kerana tanggungjawab tersebut bakal dipersoalkan di akhirat nanti......



Tiada ulasan: