Baru terima berita dari Cikgu Suraya,Ain anak muridku yang kritikal sebelum ni dah stabil walaupun masih lagi berada di ICU..Alhamdulillah...akhirnya dia dah boleh menulis apa yang dikehendakinya walaupun masih belum boleh bersuara.
Masih terbayang lagi bacaan yasin beramai-ramai khas untuknya yang dilakukan oleh semua warga sekolah pada hari rabu lalu,Syukur pada Ilahi keadaannya bertambah baik selepas itu.Semoga Ain cepat sembuh dan mampu mengambil SPM yang bakal berlangsung pada 16 november nanti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan