14 Okt 2010

"USAHA DAN TAWAKKAL......"


Hari ni pelajar tingkatan 5 membawa ibubapa masing-masing bertemu guru matapelajaran untuk program 3 penjuru(guru,pelajar dan ibu bapa).Banyak perkara yang dibincangkan terutama tentang persiapan anak2 mereka di saat akhir sebelum menjelangnya SPM.

Lenguh bercakap tanpa henti dari jam 10 am hingga hampir jam 1 petang...baru semuanya selesai..
masih ramai anak didikku itu yang belum sedar dan insaf dan sungguh mengejutkan apabila salah seorang bapa pelajarku itu menerangkan bahawa anaknya leka ber SMS hingga menjejaskan tumpuannya terhadap pelajaran.Patutlah resultnya makin lama makin menurun.
Buat semua anak didikku terutama tingkatan 5 Arif,hargailah pengobanan ibu bapamu...hadiahkan mereka dengan kecemerlangan.Rasanya telah habis segala idea untuk menasihati kalian semua...Tinggalkanlah segala yang melalaikan sebelum semuanya terlambat!

"USAHA,USAHA,USAHA.....TAWAKKAL"...INSYAAALLAH KEJAYAAN BAKAL DALAM GENGGAMAN KALIAN SEMUA....AMIN.....

Tiada ulasan: